Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga
pelajar-pelajar sekelian dalam keadaan sihat sejahtera sempena minggu
peperikasaan ini. Jaga kesihatan, jaga makan minum dan lebih- lebih lagi jaga
keselamatan diri.
Sejak kebelakangan
ini banyak perkara yang tidak diingini telah berlaku pada pelajar-pelajar.
Kecederaan jatuh basikal dan sebagainya. Yang lebih merisaukan ialah pecah
rumah. Ada beberapa rumah telah dimasuki pencuri dan barang berharga seperti
laptop telah hilang.
Saya nasihatkan
jangan tinggal barang berharga dirumah semasa ketiadaan pelajar. Semangat kejiranan perlu tinggi. Maklum pada jiran yang boleh dipercayai atau pelajar-pelajar berdekatan sekiranya
hendak keluar rumah. Pastikan semua pintu dikunci termasuk pintu bilik semasa
ketiadaan pelajar. Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
Insya Allah saya
akan berurusan dengan Garda untuk maklum perkara ini.
Beringat selalu. Baca ayatul Kursi semasa
hendak tinggalkan rumah.
Akhir sekali tawakal.
Sekian. Wasalam.