Tuesday, October 7, 2014

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR UCC

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad 19 Oktober 2014
Masa: 11.00am – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
01.00pm – Jamuan Hari Raya
Tempat: TBC, UCC
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

No comments:

Post a Comment