Wednesday, May 10, 2017

PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN

Assalamualaikum

Kepada semua pelajar tahun akhir yang hendak MARA belikan tiket penerbangan. Setakat ini flight MAS, EMIRATES, ETIHAD & TURKISH boleh pihak MARA belikan. Sekiranya mahu pulang bersama keluarga sila hanatr sekali itinery keluarga untuk memudahkan pembelian tiket.

Kelebihan pembelian melalui agent adalah sekiranya pelajar mahu menukar tarikh sekiranya emergency atau pelajar terlepas flight pihak agent boleh uruskan tanpa dikenakan bayaran. Bergantung kepada situatsi.

Minta pelajar tahun akhir menghantar borang

1) Permohonan Tempahan Tiket Penerbangan & Elaun Akhir (2 salinan)
-sertakan keputusan peperiksaan (untuk elaun akhir)
-itinery keluarga (sekiranya mahu pulang bersama keluarga)
-sekiranya beli sendiri sila nyatakan didalam borang

2) Permohonan Bayaran Balik Tiket Penerbangan
-itinery dan resit pembayaran

Pelajar hanya perlu email sahaja dan tidak perlu pos atau hadir ke pejabat.

Terima Kasih

MARA Ireland