Friday, June 23, 2017

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, pihak MARA Ireland ingin mengucapkan
“SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”.
Kami ingin memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tersilap bicara.

Saya juga ingin memaklumkan saya akan menamatkan tugas saya di Ireland pada hujung bulan Julai dan akan kembali ke Malaysia pada 26 Julai, InshaAllah.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memudahkan tugas saya di sini selama ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Ireland. Semoga anda tabah menempoh cabaran hidup di Ireland dan berjaya dengan cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.
Saya akan menyambung perkhidmatan saya sebagai Pengetua di MRSM Pengkalan Hulu, Perak dan boleh dihubungi di nombor +6019-4791961.


Hingga kita berjumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah di Malaysia.

Sekian. Assalamualaikum W.B.T.

Pengarah

MARA Ireland