Wednesday, December 10, 2014

PERINGATAN DARI PENGARAH MARA IRELAND

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga pelajar-pelajar sekelian dalam keadaan sihat sejahtera sempena minggu peperikasaan ini. Jaga kesihatan, jaga makan minum dan lebih- lebih lagi jaga keselamatan diri.

Sejak kebelakangan ini banyak perkara yang tidak diingini telah berlaku pada pelajar-pelajar. Kecederaan jatuh basikal dan sebagainya. Yang lebih merisaukan ialah pecah rumah. Ada beberapa rumah telah dimasuki pencuri dan barang berharga seperti laptop telah hilang.

Saya nasihatkan jangan tinggal barang berharga dirumah semasa ketiadaan pelajar.  Semangat kejiranan perlu tinggi. Maklum pada jiran yang boleh dipercayai  atau pelajar-pelajar berdekatan sekiranya hendak keluar rumah. Pastikan semua pintu dikunci termasuk pintu bilik semasa ketiadaan pelajar. Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.

Insya Allah saya akan berurusan dengan Garda untuk maklum perkara ini.

Beringat selalu. Baca ayatul Kursi semasa hendak tinggalkan rumah.
Akhir sekali tawakal.


Sekian. Wasalam.