Wednesday, December 12, 2012

PERMOHONAN TUNTUTAN DAN ELAUN PELAJAR 2012

Assalam

Semua permohonan tuntutan dan elaun Rawatan Perubatan, Perjalanan dan Penginapan, dan lain2 tuntutan untuk tahun 2012 akan ditutup pada hari Jumaat 14/12/2012. Sebarang permohonan 2012 yang lambat tidak akan diproses.

Terima kasih
MARA Ireland

Tuesday, December 11, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 DBS

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar ijazah, professional dan postgraduate DBS tajaan MARA hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                Jumaat 14/12/2012
Masa:                 300 petang
Tempat:             Room AS1.2 DBS ,Aungier Street
Kehadiran:        Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, December 10, 2012

PERJUMPAAN & TAKLIMAT DENGAN PELAJAR2 PMC TAHUN KETIGA (AKHIR) RCSI & UCD

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar PMC tahun ketiga (akhir) RCSI dan UCD yang akan pulang ke Malaysia tahun hadapan hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Ahad 16/12/2012
Masa:                    1100 pagi
Tempat:               Malaysia Hall
Kehadiran:          Semua pelajar PMC RCSI & UCD tahun 3 WAJIB HADIR

Sila muat turun dan isi borang Permohonan Tempahan Tiket Kapal Terbang dan Elaun Akhir Pengajian di Blog MARA Ireland. Bawa bersama semasa perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, December 3, 2012

PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Permohonan Bayaran Balik kad GARDA telah ditutup. Permohonan yang tidak lengkap dan lambat tidak akan diproses.
Semua pelajar telah mempunyai peluang selama 3 bulan dari September 2012 hingga akhir November untuk membuat kad GARDA masing2.
Pembayaran kumpulan pertama telah pun dibuat minggu lepas dan kumpulan kedua akan dibayar pada minggu ini.

Terima kasih
MARA Ireland

Wednesday, November 14, 2012

MAAL HIJRAH 1434H

Assalam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Khamis 15/11/2012 sempena menyambut MAAL HIJRAH 1434H. Pejabat akan kembali beroperasi pada hari berikutnya Jumaat 16/11/2012.
Kami mengucapkan
 
'SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H'
 
'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'
 
Terima kasih
 
MARA Ireland

Friday, November 9, 2012

PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Semua permohonan pembayaran balik kad GARDA hendaklah diterima oleh pihak MARA Ireland selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 30hb November 2012. Sebarang permohonan yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak kami.

MARA Ireland

Tuesday, October 30, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 UCC

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar UCC dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan juga postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Ahad 04/11/2012
Masa:                    1130 pagi
Tempat:               Brookfield Health Science Building
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Postgraduate juga diwajibkan hadir.

Terima Kasih

MARA Ireland

Thursday, October 25, 2012

PEJABAT MARA IRELAND

Assalam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Jumaat 26/10/2012 sempena Hari Raya Aidil Adha dan Isnin 29/10/2012 sempena 'bank holiday'. Pejabat akan kembali dibuka seperti biasa pada hari Selasa 30/10/2012.

Sekiranya ada perkara mustahak sila hubungi Pak Lan atau Arfhan di nombor tertera di laman blog ini.

Disini pihak MARA Ireland ingin mengucapkan

'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA'

Sekian, Terima kasih.

MARA Ireland

Wednesday, October 24, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA

HARI RAYA AIDIL ADHA
Semua pelajar MALAYSIA dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Raya Aidil Adha seperti berikut:
 
Tarikh: 26 Oktober 2012
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 2
Aturcara:
9.00 pagi - Berkumpul dan takbir raya
9.30 pagi - Solat Sunat Aidil Adha
10.45 - 4.00 petang - Jamuan
 
Pihak MARA Ireland ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Terima Kasih
MARA Ireland

Monday, October 15, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 TCD

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar TCD dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan Post graduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Jumaat 19/10/2012
Masa:                    0700 petang
Tempat:               Tercentenary Hall, Biomedical Science Building
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Post Graduate tajaan MARA juga dikehendaki hadir ke perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, October 8, 2012

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR & ‘TEAM BUILDING’ MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR RCSI TAHUN 1, 2 dan 3 2012/2013

Dimaklumkan Pejabat MARA Ireland akan mengadakan kursus seperti tersebut diatas secara berperingkat kepada semua pelajar tajaan MARA yang belajar diluar negara (Ireland).

Program ini merupakan program wajib bagi semua pelajar dalam dan luar negara tajaan MARA.

Dengan itu Program Kumpulan 3 pada tahun ini akan dilaksanakan seperti berikut:-

HARI PERTAMA (INDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Sabtu 17hb November 2012
Tempat: Malaysia Hall, Leeson Park, Dublin 2.
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Peserta: 144 Pelajar Royal College of Surgeons in Ireland Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Formal
Kehadiran:  Wajib
 
HARI KEDUA (OUTDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Ahad 18hb November 2012
Tempat: Carton House, Maynooth, Co Kildare (Xtreme Ireland)
Tempat Berkumpul: St Patrick Cathedral (7.00 pagi)
Masa: 7.00 pagi – 5.00 petang
Peserta: 144 Pelajar Royal College of Surgeons in Ireland Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Sukan (sila bawa pakaian bersih lebihan)
Kehadiran:  Wajib

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR & ‘TEAM BUILDING’ MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR UCD TAHUN 1, 2 DAN 3 2012/2013

Dimaklumkan Pejabat MARA Ireland akan mengadakan kursus seperti tersebut diatas secara berperingkat kepada semua pelajar tajaan MARA yang belajar diluar negara (Ireland).

Program ini merupakan program wajib bagi semua pelajar dalam dan luar negara tajaan MARA.

Dengan itu Program Kumpulan 2 pada tahun ini akan dilaksanakan seperti berikut:-

HARI PERTAMA (INDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Sabtu 20hb Oktober 2012
Tempat: Malaysia Hall, Leeson Park, Dublin 2.
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Peserta: 125 Pelajar University College Dublin Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Formal
Kehadiran:  Wajib 

HARI KEDUA (OUTDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Ahad 21hb Oktober 2012
Tempat: Carton House, Maynooth, Co Kildare (Xtreme Ireland)
Tempat Berkumpul: Tempat Letak Kereta bersebelahan Futsal Court di UCD, Belfield (8.00 pagi)
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Peserta: 125 Pelajar University College Dublin Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Sukan (sila bawa pakaian bersih lebihan)
Kehadiran:  Wajib

Wednesday, October 3, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 NUIG

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar NUIG dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Sabtu 13/10/2012
Masa:                    1100 pagi
Tempat:              Lecture Theatre MY243, Aras Moyola
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank dan borang LPP06. (rujuk kepada senior)

Terima Kasih

MARA Ireland

Tuesday, October 2, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 RCSI

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar RCSI dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan Post graduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Ahad 07/10/2012
Masa:                    1100 pagi
Tempat:               Houston Lecture Theatre
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Post Graduate tajaan MARA juga dikehendaki hadir ke perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, October 1, 2012

PROGRAM HIJRAH 2012

Assalam

Education Malaysia bersama Persatuan Pelajar Malaysia Ireland (PPIMI) akan mengadakan satu‘Program HIJRAH’ sempena menyambut pelajar2 tahun satu yang baru tiba di bumi Ireland ini.
Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 06hb Oktober 2012

Masa: 0900 pagi

Tempat: Malaysia Hall,37 Leeson Park, Dublin 2

Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar tahun 1 dan terbuka kepada pelajar Postgraduate baru

Pakaian: Formal

Monday, September 24, 2012

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR UCD

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar UCD dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan Post graduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Sabtu 29/09/2012
Masa:                    1100 pagi
Tempat:               C005 Health Science Centre
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Post Graduate tajaan MARA juga dikehendaki hadir ke perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Friday, September 14, 2012

PELAJAR TAHUN SATU

Assalam

MARA Ireland ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang ke Ireland.
Pengalaman anda untuk menjadi seorang professional bermula disini.

Pejabat MARA Ireland disini akan membantu anda semua dalam mengharungi cabaran anda disini.
Jangan malu dan segan untuk bertanya dan merujuk kepada kami sekiranya terdapat sebarang masalah.

Sila dapatkan Borang Pendaftaran Pelajar dan Dokumen Pendaftaran Pelajar Baru di blog ini. Sila pastikan semua pelajar tahun satu menyediakan dokumen2 yang diperlukan oleh kami secepat mungkin untuk anda mendaftar di MARA Ireland.

Terima kasih

HARI MALAYSIA

Assalam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Isnin 17hb September 2012 sempena Hari Malaysia pada hari Ahad 16hb September 2012.
Sila hubungi En Azlan atau En Arfhan sekiranya ada perkara penting.

Terima kasih

Friday, August 17, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H

HARI RAYA AIDIL FITRI
Semua pelajar MALAYSIA dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Raya Aidil Fitri seperti berikut:
Tarikh: 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433H 
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 6
Aturcara:
9.00 pagi - Berkumpul dan takbir raya
9.30 pagi - Solat Sunat Aidil Fitiri
10.45 - 3.00 petang - Jamuan

Pihak MARA Ireland ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Terima Kasih
MARA Ireland

Monday, July 30, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA 1433H

Assalam

Pejabat MARA Ireland menjemput semua pelajar ke Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan pada

Tarikh: Sabtu 04 Ogos 2012

Tempat: Malaysia Hall, Leeson Park, Dublin 2.

Masa: 08.30 malam – Majlis Tazkirah
09.15 malam – Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Solat Isyak
Solat Sunat Terawih

Kehadiran: Dijemput kepada semua pelajar Malaysia

Sekian, wasalam.

Friday, July 20, 2012

Monday, April 30, 2012

HARI BURUH

Assalam

Sempena Hari Buruh pada Selasa 1hb Mei 2012 pejabat MARA Ireland akan ditutup. Pejabat akan kembali beroperasi pada hari Rabu 2hb Mei 2012.

Terima kasih

Thursday, April 26, 2012

UTUSAN DARI PENGARAH MARA IRELAND

Assalam

Pengarah MARA Ireland sentiasa mendoakan agar semua pelajar
Perubatan/ACCA/MBA/Accounting
yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi dapat menumpukan sepenuhnya (full commitment) dan mencapai kejayaan yang cemerlang
&
Pelajar Tahun Akhir Perubatan RCSI, TCD, NUIG, UCD dan UCC
"BEST OF LUCK IN YOUR EXAM"
"MAY ALLAH BLESS YOU ALL"
 
-PAK LAN-

Wednesday, April 25, 2012

PENGHANTARAN BORANG TEMPAHAN TIKET DAN ELAUN AKHIR PENGAJIAN UNTUK PELAJAR2 TAHUN AKHIR

Assalam

Diminta semua pelajar2 tahun akhir menghantar Borang Tempahan Tiket Penerbangan dan Elaun Akhir secepat mungkin. Semua tarikh penerbangan hendaklah sebelum tamat Julai 2012 dan hanya penerbangan ke Kuala Lumpur sahaja yang dibenarkan.

Pembayaran elaun akhir pengajian akan dibuat mengikut universiti. Sekiranya terdapat pelajar2 yang masih belum menghantar borang ianya akan melambatkan proses pembayaran elaun akhir pelajar2 yang lain. Sila pesan kepada rakan2 anda supaya menghantarnya secepat mungkin.

Terima kasih
MARA IRELAND

Friday, March 23, 2012

TALENT CORPORATION MALAYSIA 'CAREER TALK'

Assalam

Talent Corporation Malaysia akan mengadakan satu ‘Career Talk’ yang akan disampaikan oleh

Y. Bhg Datin Paduka Siti Sa’diah Sheik Bakir,
Managing Director
KPJ Healthcare Berhad

Y. Bhg Datuk Noor Hisham
Deputy Director General Health
Ministry of Health Malaysia

serta beberapa syarikat perniagaan dan perubatan dari Malaysia.
Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: Jumaat 6 April 2012(Good Friday)

Masa: 02.30 ptg – Makan Tengah Hari (anjuran Talent Corp)

03.30 ptg – Careers Talks untuk bidang perniagaan dan perubatan

Tempat: Radisson Blu Hotel, Dublin 2

Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar tahun 4 dan 5 perubatan

WAJIB untuk semua pelajar DBS

Thursday, March 22, 2012

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR UNIVERSITY COLLEGE CORK

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar UCC dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Jumaat 30 Mac 2012
Masa:                    7.00 mlm
Tempat:               Western Gateway Building
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, March 19, 2012

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR NATIONAL UNIVERSITY OF IRELAND GALWAY

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar NUIG dari tahun pertama hingga ke pelajar master hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                 Sabtu 24 Mac 2012
Masa:                   4.00 ptg - Perjumpaan bersama Pengarah
                          6.30 ptg – Solat Hajat
Tempat:               The Cube and The Stage, Aras na Maclein