Wednesday, April 30, 2014

PEJABAT MARA IRELAND

Assalamualaikum

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Khamis 1hb Mei 2014 sempena Hari Buruh dan pada hari Jumaat 2hb Mei 2014 kerana Pengarah dan Pegawai akan pergi melawat Universiti dan pelajar di Queen University Belfast. Pejabat akan kembali dibuka pada hari Isnin 5hb Mei 2014 seperti biasa.

Terima kasih
MARA Ireland

Tuesday, April 29, 2014

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR-PELAJAR QUEENS UNIVERSITY BELFAST

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA QUB hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 03 Mei 2014
Masa: 11.00 am – Perjumpaan bersama semua pelajar
12.30 pm – Makan Tengah Hari
Tempat: Peter Froggate Centre, QUB
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA QUB
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Wednesday, April 9, 2014

UCAPAN PENGARAH MARA IRELAND

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulilah, sudah sampai masa dan ketika kepada semua pelajar tajaan Mara di Ireland, untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun 2013-2014.
Segala usaha selama ini akan diuji tidak lama lagi, walaupun saya pasti ramai yang tidak gemar kepada peperiksaan. Belajar lah untuk  ‘knowledge’ dan bukan nya semata-mata untuk peperiksaan, nescaya pelajar semua akan peroleh  lebih dari kecemerlangan, malah ilmu itu tidak berkesudahan.
Semoga segala usaha di berkati dan tidak gentar di dewan peperiksaan.
Akhir sekali , saya doakan agar semua pelajar peroleh kejayaan .

Dari
Pengarah dan Staf
Pejabat Mara Ireland

Wednesday, April 2, 2014

MAKLUMAN PEJABAT MARA IRELAND

Assalamualaikum

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Jumaat 04/04/2014. Diminta semua pelajar yang berhasrat ingin berjumpa Pengarah hadir pada hari Isnin 07/04/2014.

Terima kasih
MARA Ireland