Monday, October 20, 2014

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR-PELAJAR TCD

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA TCD dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Jumaat 24 Oktober 2014
Masa: 07.00pm – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA TCD
08.00pm –Sembahyang Isyak Berjemaah
08.30pm – Jamuan dan bersurai
Tempat: Malaysia Hall
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

Friday, October 10, 2014

PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Permohonan Bayaran Balik Kad GARDA akan dibuat tidak lama lagi. Seperti pelajar sedia maklum semua permohonan hendaklah dituntut sebelum 21 November 2014. Sekiranya pelajar menghantar lambat maka permohonan akan ditolak.

Pastikan pelajar menghantar 2 salinan borang permohonan bersama 1 salinan kad GARDA dan salinan resit asal (original receipt) pembayaran yang ditampal bersama salinan kad GARDA tersebut.

Terima kasih kerana memberi kerjasama.

Terima kasih
MARA IRELAND

Tuesday, October 7, 2014

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR UCC

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad 19 Oktober 2014
Masa: 11.00am – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
01.00pm – Jamuan Hari Raya
Tempat: TBC, UCC
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR NUIG

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad 12 Oktober 2014
Masa: 11.00am – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
01.00pm – Jamuan Hari Raya
Tempat: Bailey Allen Hall, NUIG
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

Thursday, October 2, 2014

SAMBUTAN AIDIL ADHA 2014

HARI RAYA AIDIL ADHA
Semua pelajar MALAYSIA dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Raya Aidil Adha seperti berikut:

Tarikh: 04hb Oktober 2014 bersamaan 09 Zulhijjah 1435
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 6
Aturcara:
8.45 pagi – Berkumpul & Takbir Aidil Adha
9.00 pagi – Ketibaan Duta Besar
9.30 pagi - Solat Sunat Aidil Adha dan Khutbah
10.15 pagi  - 03.30 petang – Jamuan makan

Pejabat MARA Ireland ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan MAAF ZAHIR BATIN
Terima Kasih

MARA Ireland