Wednesday, November 30, 2011

PEJABAT MARA IRELAND BARU

Assalam

Mulai 1 Disember 2011 Pejabat MARA Ireland akan mula beroperasi di

LEVEL 2A
SHELBOURNE HOUSE
SHELBOURNE ROAD
BALLSBRIDGE
DUBLIN 4

(bangunan Kedutaan Besar Malaysia, Ireland)

Diminta semua surat menyurat diposkan ke alamat yang baru. Sekiranya pelajar2 hendak datang dan berjumpa dengan Pengarah MARA Ireland sila hubungi Pak Lan 087-1614582 atau Arfhan 085-7394140.

Terima kasih
MARA Ireland

Wednesday, November 16, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KEMENTERIAN KESIHATAN, Y. BHG DATUK NOOR HISHAM ABDULLAH

Assalam

Pihak Education Malaysia akan mengadakan satu majlis perjumpaan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malayisa, Y. Bhg Datuk Noor Hisham Abdullah bersama pelajar-pelajar perubatan. Maklumat seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 19 November 2011

Masa: 10.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Dewan MALAYSIA, Leeson Park, Dublin 2.

Kehadiran: Semua pelajar perubatan

Catatan:

Jamuan makan tengah hari disediakan


Terima kasih
MARA Ireland

KURSUS TRANSFORMASI MARA KE ARAH GLOBALISASI

Assalam

Pihak MARA Ireland akan mengadakan satu Kursus ‘Transformasi MARA ke Arah Globalisasi’ selama 3 hari untuk pelajar-pelajar NUIG. Informasi kursus adalah seperti di bawah.

Tarikh: Jumaat 25/11/2011 – Ahad 27/11/2011

Masa: 4.30-5.00 petang Jumaat 25/11/2011

 (pendaftaran di Lobby Radisson Hotel)

Tempat: Radisson Blu Hotel, Galway

Kehadiran: Semua pelajar tajaan MARA NUIG dari tahun 1 hingga 5 dan pelajar Master WAJIB HADIR
Pakaian: Formal

Catatan:

1.Jadual kursus akan diedarkan sewaktu pendaftaran

2.Tetamu dari Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur akan bersama2 menyertai kursus tersebut.

Seminar akan mengambil masa selama 3 hari dan kehadiran pelajar adalah wajib. Makanan dan minuman akan disediakan dan penyampaian sijil peyertaan akan diadakan pada hari terakhir selepas selesai kursus.

MARA Ireland

Tuesday, November 1, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA

HARI RAYA AIDIL ADHA
Semua pelajar tajaan MARA dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Raya Aidil Adha seperti berikut:
Tarikh: 6 November 2011
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 6
Aturcara:
8.30 pagi - Berkumpul dan takbir raya
9.00 pagi - Solat Sunat Aidil Adha
10.30 - 2.30 petang - Jamuan

Pihak MARA Ireland ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
 
Terima Kasih
MARA Ireland

MAKAN MALAM BERSAMA TALENT CORP

Assalam

Pelajar Tajaan MARA dijemput hadir dipertemuan dengan pihak Talent Corp seperti berikut:-

Tarikh:                  Khamis 3 November 2011
Masa:                    645 petang
Tempat:               King Charlie’s, 15 Dame Street, Dublin 2.
Aturcara:             7.00mlm – Pendaftaran
                                7.30mlm – Aluan dari Talent Corp & Syarikat-syarikat dari Malaysia
                                7.45mlm – Makan Malam                    

Pelajar yang hendak mendapat tempat di perjumpaan tersebut dikehendaki mengisi borang penyertaan secara online di


Jemputan adalah berdasarkan ala ‘first come first basis’.

Terima Kasih

MARA Ireland