Monday, May 16, 2011

SESI RAMAH MESRA PELAJAR TAHUN AKHIR TCD 2010/2011

Pada 21/04/2011 pelajar-pelajar tahun akhir TCD telah datang ke pejabat MARA Ireland buat kali terakhir untuk menguruskan tuntutan mereka sebelum mereka pulang ke Malaysia. Pihak kami ingin mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar tahun akhir TCD kerana berjaya menamatkan pelajaran mereka dengan cemerlang. Diharap pengalaman mereka semasa berada di Dublin ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan iktibar sewaktu di Malaysia nanti.

A VISIT TO BEAUMONT HOSPITAL

Pada 18/04/2011 En Azlan, Penagarah MARA bersama Cik Afidah, Pegawai JPA membuat lawatan ke Hospital Beaumont untuk melihat sendiri suasana pelajar RCSI membuat praktikal klinikal mereka.

Thursday, May 12, 2011

ELAUN AKHIR PENGAJIAN

Assalam
Syabas saya ucapkan kepada semua pelajar tahun akhir yang berjaya menamatkan pengajian. Diminta semua pelajar tahun akhir 2011 menghantar keputusan peperiksaan akhir untuk pemprosesan elaun akhir pengajian.

Wassalam