Friday, April 28, 2017

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 TAHUN AKHIR RCSI, TCD & UCD 2017

Assalamualaikum& Selamat Sejahtera
Diminta semua pelajar-pelajar tahun akhir RCSI, TCD & UCD hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: Isnin 08/05/2017

Masa: 12.00 tgh hari-2.00pm

Tempat: Kediaman Pengarah MARA Ireland

Terima Kasih


MARA Ireland

PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN KE MALAYSIA UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR 2017

Assalamualaikum

Kepada semua pelajar2 tahun akhir yang akan pulang ke Malaysia pada Jun/Julai 2017, diminta pelajar menghantar dokumen2 ini secepat mungkin. Semua pelajar perlu menghantar sebelum 31/05/2017. Sila ambil perhatian.

1) Permohonan Tempahan Tiket Penerbangan dan Elaun Akhir Pengajian (ada di blog)

- Semua pelajar perlu mengisi borang ini untuk tuntutan Elaun Akhir Pengajian (perlu disertakan keputusan peperiksaan/tamat belajar)
- Pelajar yang ingin MARA belikan tiket penerbangan mereka sila isi tarikh dan keperluan khas eg. MARA 
- Sekiranya pelajar ingin membeli tiket sendiri dan membuat tuntutan sila kosongkan tarikh penerbangan dan isi keperluan khas eg BELI SENDIRI

2) Permohonan Bayaran Balik Tiket Penerbangan (
ada di blog)

- Pelajar boleh membeli tiket penerbangan dari Dublin/Cork-Kuala Lumpur sahaja 
Hanya tiket Ekonomi Satu Hala dibenarkan dan tuntutan hanya terhad kepada €700 sahaja (penjimatan)
- Tiada penambahan bagasi dibenarkan
- Semua tuntutan perlu dihantar sebelum 31/05/2017 sebarang tuntutan yang lambat tidak akan dibayar

Pastikan akaun bank pelajar tidak ditutup untuk proses kemasukan elaun sara hidup sehingga tamat kontrak masing2.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pihak MARA Ireland.

Terima kasih

MARA Ireland

Monday, April 10, 2017

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 RCSI,TCD & DBS

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA RCSI dan TCD dari tahun empat dan Pelajar dari DBS hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 15 April 2017
Masa: 10.45am – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
Tempat: Pejabat MARA Ireland
Kehadiran: WAJIB

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland