Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan kepada kita semua melangkah ke tahun baru 2018.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan kepada kita semua melangkah ke tahun baru 2018.
Saya ingin mengambil kesempatan memperkenalkan diri sebagai
Pengarah MARA Ireland yang baharu dan telah bertugas di Pejabat MARA Ireland
mulai 2 Januari 2018. Saya yakin, ramai pelajar yang mengenali diri saya kerana
pernah bertugas sebagai Guru IBDP di Kolej MARA Banting sebelum ini. Semoga
ukhwah yang terjalin lebih erat dan saya akan melapangkan masa untuk berjumpa
dengan pelajar dalam masa yang terdekat. Pada masa yang sama, saya
mengalu-alukan mana-mana pelajar untuk menghubungi saya (+353 871128176) dan
hadir ke Pejabat MARA Ireland jika terdapat sebarang masalah.
Harapan saya kepada semua pelajar agar tekad untuk belajar
bersungguh-sungguh dengan memberikan daya usaha yang terbaik. Kejayaan anda
bukan sahaja untuk diri sendiri, malah berupaya menjamin masa depan yang lebih
cerah untuk keluarga dan menyumbang ke arah kemajuan negara. Praktikkan bekerja
secara berkumpulan, fokus dalam pelajaran, kerap adakan perbincangan ilmiah dan
dapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah, rakan-rakan dan pegawai MARA. Semoga semua pelajar beroleh kejayaan
yang cemerlang dan sentiasa mendapat keberkatan. InsyaAllah.
Sekian.
Cikgu Fadzlanor
No comments:
Post a Comment