Tuesday, October 17, 2017

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 RCSI

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA RCSI dari tahun satu hingga tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Ahmad Izlan Idris. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 21 Oktober 2017
Masa: 1400 – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
Tempat: Desmond Lecture Theater (New Building)
Kehadiran: WAJIB

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

No comments:

Post a Comment