Wednesday, September 30, 2015

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR-PELAJAR UCD

Assalammualailum wbt.

Diharap kan semua pelajar dalam keadaan sihat . Adalah dimaklumkan bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan semua pelajar UCD jurusan PERUBATAN akan di adakan pada hari Ahad 4hb Oktober. Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.

08.30am- Pelajar Tahun Akhir
10.15am- Pelajar Tahun Empat
11.30am- Pelajar Tahun Tiga
01.00pm- Jamuan Makan Tengah Hari & Solat Zohor(Semua pelajar tahun 1-5)
02.00pm- Pelajar Yang Pernah Mengulang Tahun & akan Mengulang Tahun
03.00pm- Pelajar Tahun Dua
04.15pm- Pelajar Tahun Satu

Sila hadir awal 15 minit dari masa yang ditetapkan untuk kedatangan dan penghantaran borang dan keputusan.

Tempat- Dewan Malaysia 31 Leeson Park, Dublin 2.
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh kepada masa yang ditetapkan.

Sila lapor diri sebelum perjumpaan di masa yang ditetapkan dan semua pelajar perlu membawa keputusan peperiksaan yang terkini (tahun yang lepas / kedua2 semester yang lepas). Sila pastikan pelajar menulis nama dan no rujukan MARA dan no universiti pelajar di atas keputusan peperiksaan tersebut. Pihak MARA Ireland akan mengutip sewaktu pendaftaran pelajar.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Semua pelajar tahun satu dikehendaki menghantar dokumen2 pendaftaran. Sila rujuk dokumen yang perlu di laman blog ini.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin dan denda akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan. (etc tuntutan GARDA dan lain2)

Terima kasih

MARA Ireland

No comments:

Post a Comment