Wednesday, September 30, 2015

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR-PELAJAR UCD

Assalammualailum wbt.

Diharap kan semua pelajar dalam keadaan sihat . Adalah dimaklumkan bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan semua pelajar UCD jurusan PERUBATAN akan di adakan pada hari Ahad 4hb Oktober. Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.

08.30am- Pelajar Tahun Akhir
10.15am- Pelajar Tahun Empat
11.30am- Pelajar Tahun Tiga
01.00pm- Jamuan Makan Tengah Hari & Solat Zohor(Semua pelajar tahun 1-5)
02.00pm- Pelajar Yang Pernah Mengulang Tahun & akan Mengulang Tahun
03.00pm- Pelajar Tahun Dua
04.15pm- Pelajar Tahun Satu

Sila hadir awal 15 minit dari masa yang ditetapkan untuk kedatangan dan penghantaran borang dan keputusan.

Tempat- Dewan Malaysia 31 Leeson Park, Dublin 2.
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh kepada masa yang ditetapkan.

Sila lapor diri sebelum perjumpaan di masa yang ditetapkan dan semua pelajar perlu membawa keputusan peperiksaan yang terkini (tahun yang lepas / kedua2 semester yang lepas). Sila pastikan pelajar menulis nama dan no rujukan MARA dan no universiti pelajar di atas keputusan peperiksaan tersebut. Pihak MARA Ireland akan mengutip sewaktu pendaftaran pelajar.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Semua pelajar tahun satu dikehendaki menghantar dokumen2 pendaftaran. Sila rujuk dokumen yang perlu di laman blog ini.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin dan denda akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan. (etc tuntutan GARDA dan lain2)

Terima kasih

MARA Ireland

Tuesday, September 22, 2015

SEMBAHYANG SOLAT HARI RAYA AIDILADHA


PENGUMUMAN

Aktiviti Pejabat Mara Ireland untuk Okt 2015


Bil


Tarikh

Aktiviti

Time

University


1



03 Okt


Student Engagement



9.30 am- 1.30 pm


Queens University Belfast




2


04 Okt


Students Engagement
Year 1 – Year 5




9.30 am – 5.30 pm


University College Dublin


3


09 Okt



Students Engagement
Year 1 - year 5                                         


7.00 pm – 9.00 pm


Trinity College Dublin



4

11 Okt

Students Engagement
Year 1 - year 5


9.30 am- 5.00 pm

Royal College of Surgeons in Ireland

6

17 Okt


Clinical Talk (pelajar Tahun 5 Sahaja-Wajib)


8.30 am – 5.00 pm

NUIG

7

18 Okt

Students Engagement

9.30 am – 1.00 pm

NUIG



Disediakan oleh
Pengarah Mara Ireland

22 Sept  2015

Thursday, September 17, 2015

RUMAH TERBUKA AIDILADHA



EMBASSY OF MALAYSIA, IRELAND

Please be informed that ‘Rumah Terbuka AidilAdha’ will be hosted by the Ambassador of Malaysia on
Saturday, 26th September 2015
at ‘Rumah Malaysia’,
No. 1 Shrewsbury Road, D04 W0F8
(GPS Coordinate : 53° 19′ 26″ N 6° 13′ 16″ W)
from 3.00pm – 5.00pm


Dress code – National dress

Tuesday, September 15, 2015

HARI MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Rabu 16/09/2015 sempena menyambut Hari Malaysia. Pejabat akan kembali dibuka seperti biasa pada hari Khamis 17/09/2015.
Sebarang kecemasan boleh hubungi En Abd Rahim Ahmad atau En Arfhan.

Terima kasih
MARA Ireland

Thursday, September 10, 2015

MARA INTENSIVE COURSE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pihak Mara Ireland akan mengadakan satu kursus intensive secara berperingkat-peringkat untuk pelajar tajaan Mara yang terpaksa ulang tahun(repeat year).

Oleh itu, untuk mengumpul maklumat mengenai sub/module yang berkaitan, pelajar-pelajar ini dikehendaki menghantar maklumat berikut ke emel mara.ireland@yahoo.com untuk pihak Mara Ireland mengenal pasti dan merangka kursus tersebut.

1.       Nama
2.       Institusi
3.       Tahun mengulang
4.       Subjek/module yang perlu di ambil semula
5.       No. talipon terkini.

Pihak Mara berharap mendapat kerjasama dari pelajar-pelajar untuk memberi maklumat tersebut secepat mungkin.

Sekian. Terima kasih.


Pengarah Mara Ireland.

Monday, September 7, 2015

PERJUMPAAN PELAJAR-PELAJAR MARA BERSAMA PENGARAH MARA IRELAND

Assalammualailum wbt.

Diharap kan semua pelajar dalam keadaan sihat . Adalah dimaklumkan bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan semua pelajar UCC semua jurusan akan di adakan pada 12 hb Sept hari Sabtu ini, Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.

9.00am-  Pelajar Tahun Satu
10.00am- Pelajar Tahun Dua
11.00am- Pelajar Tahun Tiga
12.00pm- Pelajar Tahun Empat
1.00pm- Rehat Jamuan Makan Tengah Hari & Solat Zohor (Semua pelajar tahun 1-5)
2.30pm- Pelajar Tahun Akhir
3.00pm- Pelajar Ulang Tahun ( repeat year)

Tempat- TBC
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA semua jurusan

Sila lapor diri sebelum perjumpaan di masa yang ditetapkan dan semua pelajar perlu membawa keputusan peperiksaan yang terkini (tahun yang lepas). Sila pastikan pelajar menulis nama dan no rujukan MARA dan no universiti pelajar di atas keputusan tersebut. Pihak MARA Ireland akan mengutip sewaktu pendaftaran pelajar.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Semua pelajar tahun satu dikehendaki menghantar dokumen2 pendaftaran. Sila rujuk dokumen yang perlu di laman blog ini.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.

Terima kasih
MARA Ireland