Friday, June 17, 2011

PERMOHONAN ELAUN BUKU & BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Semua pelajar dikehendaki menghantar borang elaun buku seawal Ogos 2011 atau setelah pelajar mendaftar kembali ke universiti masing-masing. Ini adalah kerana setiap permohonan elaun buku hendaklah disertakan keputusan peperiksaan tahun pembelajaran sebelumnya dan Perancangan Kursus untuk sesi seterusnya (borang disediakan).

Permohonan bayaran balik kad GARDA pula boleh dituntut setelah pelajar membuat kad GARDA masing-masing. Sila pastikan pelajar sertakan salinan asal resit pembayaran dan salinan kad GARDA.

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dua salinan setiap satu. Sila pastikan no rujukan MARA, nama, alamat, email, no telefon bimbit serta IBAN no adalah tepat. Sila baca Prosedur Permohonan di laman blog ini. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Semua permohonan dikehendaki sampai ke pejabat MARA Ireland sebelum 01/12/2011 bagi memudahkan proses pembayaran. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.


Wassalam

Pengarah MARA Ireland

4 comments:

  1. Assalamualaikum pak lan.
    Kalau saya dah submit borang elaun, result dan perancangan kursus (ikut template yg encik kamis pernah bagi tahun lepas), saya kena hantar semula ke borang permohonan pada bulan Ogos nanti?

    -Nur Izyan Izzati Sathari, UCC-

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Yes awak still kena submit borang perancangan kursus itu sahaja memandangkan awak sudah hantar borang elaun buku.(saya tidak terima lagi) Awak boleh menghantarnya sekarang sekiranaya awak tahu subjek and perancangan awak nanti.Tetapi semua pembayaran elaun buku hanya akan dibuat seawal Sep2011.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Borang2 ini perlu dihantar melalui pos atau email?

    ReplyDelete
  4. Borang perlu dihantar menggunakan pos.
    Terima kasih

    ReplyDelete