Wednesday, January 24, 2018

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR MARA IRELAND


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR MARA IRELAND



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semua pelajar dikehendaki mengisi borang keputusan peperiksaan dalam folder file masing-masing. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi sebelum 02/02/2018 dan menyertakan transkrip keputusan peperiksaan dalam format pdf.

Sila rujuk prosedur di bawah ;

1)      Download Dropbox.com

2)      Kata laluan:  MARA.Ireland2018@gmail.com

Password:  mara5455

3)      Sila copy fail ‘Borang Laporan Prestasi Pelajar’ di dalam folder BORANG dan paste di dalam FOLDER pelajar mengikut universiti masing-masing. Pelajar dikehendaki create folder masing-masing dan menamakan folder menggunakan No Rujukan MARA dan Nama Penuh (Rujukan: Folder Universiti> eg PELAJAR TAHUN SATU).

4)      Sila isi borang tersebut dan attach transkrip keputusan peperiksaan SEMUA SEMESTER/TAHUN dalam folder masing-masing.

5)      Bagi tujuan kemaskini dan pemantauan prestasi akademik, pelajar dikehendaki mengisi keputusan peperiksaan bermula Tahun/Semester 1. Pelajar perlu MEREKOD DENGAN JELAS keputusan peperiksaan dalam borang yang disediakan. Jika pelajar mengulang (resit/repeat), setiap semester/tahun LULUS dan GAGAL perlu dinyatakan dalam borang tersebut.

Contoh:

Tahun
Sesi semester
Subjek
Keputusan
Catatan
1
09/2015 - 06/2016
Biology 1
90%
Lulus
1
09/2015 - 06/2016
Chemistry 1
30%
Gagal
2
09/2016 - 06/2017
Biology 2
90%
Lulus
2
09/2016 - 06/2017
Chemistry 1
70%
Lulus (Repeat)



6)      Tindakan akan diambil jika pelajar tidak mengisi keputusan peperiksaan seperti dalam arahan.



Harapan saya adalah setiap pelajar perlu lebih bertanggungjawab terhadap pelajaran dan peka dengan prestasi akademik diri sendiri dan rakan-rakan. Kerja secara berkumpulan dan bantu rakan-rakan yang memerlukan bimbingan akademik. Pejabat MARA Ireland amat mengalu-alukan pertemuan dengan pelajar untuk tujuan khidmat nasihat.  Semoga pelajar semua akan lebih berjaya pada tahun 2018 ini.



Terima kasih.

MARA Ireland

Friday, January 5, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan kepada kita semua melangkah ke tahun baru 2018. 
Saya ingin mengambil kesempatan memperkenalkan diri sebagai Pengarah MARA Ireland yang baharu dan telah bertugas di Pejabat MARA Ireland mulai 2 Januari 2018. Saya yakin, ramai pelajar yang mengenali diri saya kerana pernah bertugas sebagai Guru IBDP di Kolej MARA Banting sebelum ini. Semoga ukhwah yang terjalin lebih erat dan saya akan melapangkan masa untuk berjumpa dengan pelajar dalam masa yang terdekat. Pada masa yang sama, saya mengalu-alukan mana-mana pelajar untuk menghubungi saya (+353 871128176) dan hadir ke Pejabat MARA Ireland jika terdapat sebarang masalah.
Harapan saya kepada semua pelajar agar tekad untuk belajar bersungguh-sungguh dengan memberikan daya usaha yang terbaik. Kejayaan anda bukan sahaja untuk diri sendiri, malah berupaya menjamin masa depan yang lebih cerah untuk keluarga dan menyumbang ke arah kemajuan negara. Praktikkan bekerja secara berkumpulan, fokus dalam pelajaran, kerap adakan perbincangan ilmiah dan dapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah, rakan-rakan dan pegawai MARA. Semoga semua pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang dan sentiasa mendapat keberkatan. InsyaAllah.

Sekian.
Cikgu Fadzlanor