Diminta semua pelajar-pelajar MARA UCC dari tahun satu hingga tahun
akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Ahmad Izlan
Idris. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 14 Oktober 2017
Masa: 1100 – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
1300
– Bersurai
Tempat: GAA Club (sila rujuk PPMC)
Kehadiran: WAJIB
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan
sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan
sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen
(pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib menghantar surat rasmi
menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan
ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan
dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih
MARA Ireland
No comments:
Post a Comment