Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera
Sempena Sambutan Hari Raya Aidil
Fitri tahun ini, pihak MARA Ireland ingin mengucapkan
“SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN”.
Kami ingin memohon kemaafan jika
ada terkasar bahasa dan tersilap bicara.
Saya juga ingin memaklumkan saya
akan menamatkan tugas saya di Ireland pada hujung bulan Julai dan akan kembali
ke Malaysia pada 26 Julai, InshaAllah.
Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memudahkan tugas saya di sini
selama ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar
Ireland. Semoga anda tabah menempoh cabaran hidup di Ireland dan berjaya dengan
cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.
Saya akan menyambung perkhidmatan
saya sebagai Pengetua di MRSM Pengkalan Hulu, Perak dan boleh dihubungi di
nombor +6019-4791961.
Hingga kita berjumpa lagi di lain
waktu, InsyaAllah di Malaysia.
Sekian. Assalamualaikum W.B.T.
Pengarah
MARA Ireland
No comments:
Post a Comment