Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera,
Saya berharap semua pelajar dalam keadaan
sihat sejahtera.
Saya petik dari Fasal 5.1 dalam kontrak MARA yang pelajar
telah tandatangan.
”5. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa Pelajar
tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya Perjanjian ini,
iaitu dalam masa tempoh Pengajian Tersebut dan juga kemudian daripadanya
sehingga tamat tempoh pekerjaannya di bawah fasal 1.6 perjanjian ini:-
5.1 mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu
penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan ,
badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada
pendapat Majlis adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu insitutsi
pendidikan ;
6. Jika pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana
hal dalam Fasal 4 dan 5 Perjanjian ini, Majlis boleh, menurut
budibicara mutlaknya:
6.1 menamatkan Perjanjian ini dan
dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak Majlis di bawah Perjanjian ini, Pelajar
tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah Perjanjian ini.
6.2 Penamatan Perjanjian ini
menurut fasal 6.1 Fasal ini adalah akhir dan muktamad.”
Sekian. Terima kasih.
Pengarah MARA Ireland
No comments:
Post a Comment