Assalamualaikum
Kepada semua pelajar2 UCD & RCSI yang akan pulang ke Penang Medical College pada Disember 2016 dan Januari 2017 untuk menghantar dokumen2 ini secepat mungkin. Semua pelajar perlu menghantar sebelum 30/11/2016. Sila ambil perhatian serius.
1) Permohonan Tempahan Tiket Penerbangan dan Elaun Akhir Pengajian (ada di blog)
- Semua pelajar perlu mengisi borang ini untuk tuntutan Elaun Akhir Pengajian.
- Pelajar yang ingin MARA belikan tiket penerbangan mereka sila isi tarikh dan keperluan khas eg. MARA
- Sekiranya pelajar ingin membeli tiket sendiri dan membuat tuntutan sila kosongkan tarikh penerbangan dan isi keperluan khas eg BELI SENDIRI
2) Permohonan Bayaran Balik Tiket Penerbangan (minta pelajar email kepada mara.ireland@yahoo.com untuk borang)
- Pelajar boleh membeli tiket penerbangan dari Dublin-Kuala Lumpur sahaja
- Hanya tiket Ekonomi Satu Hala dibenarkan dan tuntutan hanya terhad kepada €700 sahaja (penjimatan)
- Tiada penambahan bagasi dibenarkan
- Semua tuntutan perlu dihantar sebelum 30/11/2016 sebarang tuntutan yang lambat tidak akan dibayar
Pastikan akaun bank pelajar tidak ditutup untuk proses kemasukan elaun sara hidup sehingga akhir Jan 2017 bergantung kepada kontrak masing2.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pihak MARA Ireland.
Terima kasih
MARA Ireland
Tuesday, November 15, 2016
Tuesday, November 8, 2016
PERHATIAN! PERJANJIAN PELAJAR MARA
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera,
Saya berharap semua pelajar dalam keadaan
sihat sejahtera.
Saya petik dari Fasal 5.1 dalam kontrak MARA yang pelajar
telah tandatangan.
”5. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa Pelajar
tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya Perjanjian ini,
iaitu dalam masa tempoh Pengajian Tersebut dan juga kemudian daripadanya
sehingga tamat tempoh pekerjaannya di bawah fasal 1.6 perjanjian ini:-
5.1 mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu
penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan ,
badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada
pendapat Majlis adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu insitutsi
pendidikan ;
6. Jika pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana
hal dalam Fasal 4 dan 5 Perjanjian ini, Majlis boleh, menurut
budibicara mutlaknya:
6.1 menamatkan Perjanjian ini dan
dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak Majlis di bawah Perjanjian ini, Pelajar
tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah Perjanjian ini.
6.2 Penamatan Perjanjian ini
menurut fasal 6.1 Fasal ini adalah akhir dan muktamad.”
Sekian. Terima kasih.
Pengarah MARA Ireland
Subscribe to:
Posts (Atom)