Friday, April 1, 2016

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 NUIG

Assalammualailum wbt.

Diharap kan semua pelajar dalam keadaan sihat. Adalah dimaklumkan bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan semua pelajar NUIG  akan di adakan pada hari Sabtu 16hb April 2016. Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.

11.00am- Pelajar Tahun Satu, Dua & Tiga
12.00pm- Pelajar Tahun Empat
01.00pm- Jamuan Makan Tengah Hari & Solat Zohor(Semua pelajar tahun 1-5)
02.00pm- Pelajar Tahun Lima & Postgrad
03.00pm- Bersurai

Sila hadir awal 15 minit dari masa yang ditetapkan untuk kedatangan dan penghantaran borang.

Tempat- Aras Moyola (TBC)
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh kepada masa yang ditetapkan.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin dan denda akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan. (etc tuntutan GARDA dan lain2)

Terima kasih

MARA Ireland

No comments:

Post a Comment