Assalammualailum wbt.
Diharap kan semua pelajar dalam keadaan sihat . Adalah dimaklumkan
bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan semua pelajar RCSI jurusan PERUBATAN
akan di adakan pada hari Ahad 11hb Oktober.
Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.
10.00am- Pelajar Tahun Akhir & Tahun Empat
11.30am- Pelajar Tahun Tiga
01.00pm- Rehat & Solat Zohor
01.45pm- Pelajar Tahun Dua & Satu
03.00pm- Bersurai
Sila hadir awal 15 minit dari masa yang ditetapkan untuk kedatangan dan
penghantaran borang dan keputusan.
Tempat- Tutorial
Room 2/3 Royal College of Surgeons in Ireland
Kehadiran- WAJIB
untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh kepada masa yang ditetapkan.
Sila lapor diri sebelum perjumpaan di masa yang ditetapkan dan semua
pelajar perlu membawa keputusan peperiksaan yang terkini (tahun yang lepas /
kedua2 semester yang lepas). Sila pastikan pelajar menulis nama dan no rujukan
MARA dan no universiti pelajar di atas keputusan peperiksaan tersebut. Pihak
MARA Ireland akan mengutip sewaktu pendaftaran pelajar.
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan
sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh
diserahkan sewaktu perjumpaan.
Semua pelajar tahun satu dikehendaki menghantar dokumen2 pendaftaran.
Sila rujuk dokumen yang perlu di laman blog ini.
Sekiranya pelajar
tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi
menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan
ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin dan denda akan
dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan. (etc tuntutan GARDA dan
lain2)
Terima kasih
MARA Ireland
No comments:
Post a Comment