Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Semua permohonan tuntutan balik kad GARDA hendaklah dihantar ke Pejabat MARA Ireland sebelum berakhir waktu pejabat pada hari Jumaat 15hb November 2013. Sekiranya pihak MARA Ireland menerima tuntutan selepas tarikh ini maka permohonan anda tidak akan diproses.
Tuntutan-tuntutan lain seperti rawatan perubatan, rotation dan lain-lain adalah sebelum berakhir waktu pejabat pada hari Jumaat 29hb November 2013.
Minta semua pelajar memberi kerjasama.
Terima kasih
Pengarah MARA Ireland
No comments:
Post a Comment