Tuesday, September 27, 2011

PERMOHONAN ELAUN BUKU

Assalam

Permohonan Elaun Buku akan dilupuskan kerana semua pembayaran elaun buku dan elaun perkakas akan dibayar terus dari MARA Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan mengenai kedua2 elaun ini boleh dibuat di Pejabat MARA Ireland. Untuk Elaun Buku tahun ini saya pasti bahawa elaun tersebut belum dimasukkan dan harap pelajar bersabar.

Mengenai salinan keputusan peperiksaan, pelajar tidak perlu menghantar ke pejabat MARA Ireland lagi kerana pihak universiti akan menghantarnya. Sekiranya pelajar gagal dalam peperiksaan resit dan terpaksa mengulang tahun pelajar dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan mereka serta surat rayuan mengulang tahun serta latar belakang keluarga.

Apa yang kami perlu adalah Borang Perancangan Kursus sahaja. Sila isi dan email kepada kami sebaik sahaja bermulanya sesi pembelajaran masing2.

Terima Kasih

MARA IRELAND

No comments:

Post a Comment