Tuesday, February 1, 2011

PERUTUSAN DARI PENGARAH MARA IRELAND


Assalammualaikum  wbt.

Syukur alhamdulilah dapat bertemu dengan semua pelajar di Ireland ini. Selamat pengenalan pada saudara/saudari yang baru mengenal saya. Saya senang kalau dikenali dengan panggilan “Pak Lan” saja agar perhubungan saya dengan pelajar lebih akrab. Mula bertugas di Ireland ini mulai 1 Disember 2010 menggantikan Tn. Hj. Kamis Mahawi yang telah pulang ke Malaysia pada 25 November 2010 yang lalu. Sebagai bekas seorang guru Pak Lan sangatlah menitikberatkan tentang pelajaran saudara/saudari disini. Harapan Pak Lan agar saudara/saudari dapat memberi sepenuhnya komitment terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh MARA kepada saudara/saudari.

Jika saudara/saudari ada apa-apa kemuskilan atau masalah bolehlah datang berjumpa dengan Pak Lan yang boleh dihubungi di Pejabat MARA di Dublin atau telefon bimbit pada bila-bila masa. Dengan wujudnya “blog” ini dapat memudahkan saudara/saudari dengan segala urusan pentadbiran dan urusan pelajar.

Sekian, Wasalam

PAK LAN
MARA Ireland 
2011

No comments:

Post a Comment