Tuesday, February 22, 2011

PERMOHONAN KEBENARAN KE LUAR NEGARA

Assalammualaikum

Kepada semua pelajar tajaan MARA yang hendak bercuti ke luar negara termasuk ke Malaysia hendaklah mengisi borang Permohonan Kebenaran Ke Luar Negara selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh perjalanan. Link borang permohonan boleh terdapat di laman blog ini.

MARA Ireland

Tuesday, February 15, 2011

PELAJAR TAHUN AKHIR SESI 2010/2011

Salam

Minta semua pelajar tahun akhir 2010/2011 menghantar Borang Tempahan Tiket & Elaun Akhir Pengajian mulai sekarang. Sila nyatakan tarikh penerbangan untuk pulang ke Malaysia. Keputusan muktamad tarikh penerbangan akan ditetapkan oleh Pengarah MARA Ireland sendiri kerana beliau menghendaki pelajar balik mengikut kumpulan. Pelajar tidak dibenarkan balik sebelum keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan dan elaun akhir serta tiket penerbangan akan diluluskan sekiranya pelajar lulus dan tamat pembelajaran. Pelajar juga boleh pulang selepas konvokesyen bergantung kepada tarikh konvokesyen.

Insyaallah Pengarah MARA Ireland akan membuat perjumpaan bersama semua pelajar tahun akhir di Dublin dalam bulan Mac 2011 nanti. Tarikh dan tempat akan diberitahu kelak. Kehadiran adalah wajib. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan sewaktu perjumpaan nanti.

Terima kasih
MARA Ireland

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER SATU TAHUN 2011

Salam

Kepada semua pelajar RCSI, UCD & TCD sila hantar ke pejabat MARA Ireland keputusan peperiksaan semester satu secepat mungkin.

Terima kasih

MARA Ireland

MAULIDUL RASUL

Salam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup hari ini 15/02/2011 sempena menyambut Maulidul Rasul. Pejabat akan kembali dibuka pada hari Rabu 16/02/2011.

Terima kasih

MARA Ireland

Tuesday, February 8, 2011

PERJUMPAAN PENGARAH MARA BERSAMA PELAJAR TCD

Salam
Pada 01 Mac 2011 En Azlan Osman bersama Cik Afidah Arshad dari JPA dan En Kamarulzaman dari MSD akan mengadakan perjumpaan dengan Prof McCann bersama pelajar2 tajaan MARA dan JPA di TCD. Maklumat perjumpaan seperti berikut:
Tarikh:            01 Mac 2011
Masa:              0630 petang
Tempat:          Maxwell Theatre,Hamilton Building(Nassau St entrance)
Tujuan:           1. Salam Perkenalan dengan Pengarah MARA Ireland
                        2. Perbincangan Dasar-dasar BPP dan MARA
                        3. Perbincangan Masalah pelajar di TCD
Kehadiran:     Semua pelajar tajaan MARA adalah WAJIB HADIR   
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut.
Terima Kasih
MARA Ireland

Friday, February 4, 2011

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR PMC2011

Perjumpaan Pengarah MARA Ireland bersama pelajar2 PMC2011 UCD dan RCSI telah diadakan pada hari Sabtu 22 Januari 2011 bertempat di dewan kuliah RCSI. Perjumpaan ini bertujuan menerangkan proses pendaftaran pelajar sewaktu di Malaysia, pemberian tiket penerbangan pelajar, tuntutan dan elaun serta perbincangan mengenai perkara2 lain ketika berada di Ireland ini dan sewaktu di Malaysia nanti.





LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DI DUBLIN

Salam

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan membuat lawatan ke Glasgow, London dan Dublin,Ireland dari 12 hingga 19 Februari 2011. Beliau akan berjumpa dengan semua pelajar tahun akhir di Dewan Malaysia, Dublin untuk membincangkan mengenai prospek kerjaya bidang perubatan di Malaysia. Berikut adalah maklumat perjumpaan :

Tarikh:            17 Februari 2011
Masa:              630 petang             
Tempat:          Dewan Malaysia, Leeson Park, Dublin 2.
Jemputan Terhormat:          

                        Y Bhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Mohd Ismail bin Merican
                        KETUA PENGARAH KESIHATAN

                        Dr Hj Wan Mazlan bin Mohamed Woojdy
                        SETIUSAHA MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

Kehadiran:      WAJIB kepada pelajar tajaan 5 sahaja


Wasalam

MARA Ireland

 

SESI LAWATAN PENGARAH MARA IRELAND KE NUIG

Salam
Pada 25 Februari 2011 En Azlan Osman bersama Cik Afidah Arshad dari JPA akan mengadakan lawatan berjumpa dengan Prof Gerard Loftus di NUIG. Pada 26 Februari 2011 akan diadakan perjumpaan bersama semua pelajar tajaan MARA  dan JPA di NUIG. Maklumat perjumpaan seperti berikut:
Tarikh:                  26 Februari 2011
Masa:                    1000 pagi
Tempat:               NUIG (akan diberitahu kelak-sila rujuk kepada pemimpin pelajar)
Tujuan:              1. Salam Perkenalan dengan Pengarah MARA Ireland
                             2. Perbincangan Dasar-dasar BPP dan MARA
                             3. Perbincangan Masalah pelajar di UCC
Kehadiran:          Semua pelajar tajaan MARA adalah WAJIB HADIR
(makanan dan minuman akan disediakan)                          
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland.

Terima Kasih
MARA Ireland

SESI LAWATAN PENGARAH MARA IRELAND KE UCC


Salam
Pada 18 Februari 2011 En Azlan Osman bersama Cik Afidah Arshad dari JPA akan melawat UCC untuk berjumpa dengan Prof George Shorten. Keesokan harinya pada 19 Februari 2011 akan diadakan perjumpaan bersama semua pelajar tajaan MARA  dan JPA di UCC. Maklumat perjumpaan seperti berikut:
Tarikh:                 19 Februari 2011
Masa:                   1000 pagi
Tempat:               UCC (akan diberitahu kelak-sila rujuk kepada pemimpin pelajar)
Tujuan:                1. Salam Perkenalan dengan Pengarah MARA Ireland
                             2. Perbincangan Dasar-dasar BPP dan MARA
                             3. Perbincangan Masalah pelajar di UCC
Kehadiran:          Semua pelajar tajaan MARA adalah WAJIB HADIR
(makanan dan minuman akan disediakan)                          
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland.

Terima Kasih
MARA Ireland

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN BARU CINA

Salam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup esok 03/02/2011 sempena Tahun Baru Cina 2011. Pejabat akan kembali dibuka pada hari Jumaat 04/02/2011.

"SELAMAT TAHUN BARU CINA"

Terima kasih

MARA Ireland

Tuesday, February 1, 2011

PERMOHONAN TUNTUTAN/ELAUN SESI 2010/2011 DITUTUP

Salam

Semua Permohonan Tuntutan/Elaun Buku dan Bayaran Balik Kad GARDA untuk sesi 2010/2011 telah pun ditutup pada 31/01/2011. Permohonan yang lambat tidak akan dilayan.

Terima Kasih

MARA Ireland

PERMOHONAN TUNTUTAN DAN ELAUN PELAJAR

Salam

Permohonan tuntutan dan elaun mestilah diambil serius oleh semua pelajar. Sila baca Prosedur Permohonan Borang Tuntutan sebelum mengisi dan menghantar ke Pejabat MARA Ireland. Pastikan kesemua borang disertakan dokumen2 yang lengkap dan mengikut salinan yang dikehendaki. Di blog ini terdapat link untuk kesemua borang permohonan tuntutan dan elaun pelajar MARA di Ireland.

1. PROSEDUR PERMOHONAN BORANG TUNTUTAN


2. PERMOHONAN ELAUN BUKU


3. PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA


4. PERMOHONAN BAYARAN BALIK RAWATAN PERUBATAN


5. PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN PENGINAPAN


6. PERMOHONAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN DAN ELAUN AKHIR PENGAJIAN


7. LETTER OF CONSENT TO DISCLOSE INFORMATION


Terima Kasih

MARA Ireland
2011

PERUTUSAN DARI PENGARAH MARA IRELAND


Assalammualaikum  wbt.

Syukur alhamdulilah dapat bertemu dengan semua pelajar di Ireland ini. Selamat pengenalan pada saudara/saudari yang baru mengenal saya. Saya senang kalau dikenali dengan panggilan “Pak Lan” saja agar perhubungan saya dengan pelajar lebih akrab. Mula bertugas di Ireland ini mulai 1 Disember 2010 menggantikan Tn. Hj. Kamis Mahawi yang telah pulang ke Malaysia pada 25 November 2010 yang lalu. Sebagai bekas seorang guru Pak Lan sangatlah menitikberatkan tentang pelajaran saudara/saudari disini. Harapan Pak Lan agar saudara/saudari dapat memberi sepenuhnya komitment terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh MARA kepada saudara/saudari.

Jika saudara/saudari ada apa-apa kemuskilan atau masalah bolehlah datang berjumpa dengan Pak Lan yang boleh dihubungi di Pejabat MARA di Dublin atau telefon bimbit pada bila-bila masa. Dengan wujudnya “blog” ini dapat memudahkan saudara/saudari dengan segala urusan pentadbiran dan urusan pelajar.

Sekian, Wasalam

PAK LAN
MARA Ireland 
2011