Tuesday, February 22, 2011

PERMOHONAN KEBENARAN KE LUAR NEGARA

Assalammualaikum

Kepada semua pelajar tajaan MARA yang hendak bercuti ke luar negara termasuk ke Malaysia hendaklah mengisi borang Permohonan Kebenaran Ke Luar Negara selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh perjalanan. Link borang permohonan boleh terdapat di laman blog ini.

MARA Ireland

Tuesday, February 15, 2011

PELAJAR TAHUN AKHIR SESI 2010/2011

Salam

Minta semua pelajar tahun akhir 2010/2011 menghantar Borang Tempahan Tiket & Elaun Akhir Pengajian mulai sekarang. Sila nyatakan tarikh penerbangan untuk pulang ke Malaysia. Keputusan muktamad tarikh penerbangan akan ditetapkan oleh Pengarah MARA Ireland sendiri kerana beliau menghendaki pelajar balik mengikut kumpulan. Pelajar tidak dibenarkan balik sebelum keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan dan elaun akhir serta tiket penerbangan akan diluluskan sekiranya pelajar lulus dan tamat pembelajaran. Pelajar juga boleh pulang selepas konvokesyen bergantung kepada tarikh konvokesyen.

Insyaallah Pengarah MARA Ireland akan membuat perjumpaan bersama semua pelajar tahun akhir di Dublin dalam bulan Mac 2011 nanti. Tarikh dan tempat akan diberitahu kelak. Kehadiran adalah wajib. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan sewaktu perjumpaan nanti.

Terima kasih
MARA Ireland

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER SATU TAHUN 2011

Salam

Kepada semua pelajar RCSI, UCD & TCD sila hantar ke pejabat MARA Ireland keputusan peperiksaan semester satu secepat mungkin.

Terima kasih

MARA Ireland

MAULIDUL RASUL

Salam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup hari ini 15/02/2011 sempena menyambut Maulidul Rasul. Pejabat akan kembali dibuka pada hari Rabu 16/02/2011.

Terima kasih

MARA Ireland

Tuesday, February 8, 2011

PERJUMPAAN PENGARAH MARA BERSAMA PELAJAR TCD

Salam
Pada 01 Mac 2011 En Azlan Osman bersama Cik Afidah Arshad dari JPA dan En Kamarulzaman dari MSD akan mengadakan perjumpaan dengan Prof McCann bersama pelajar2 tajaan MARA dan JPA di TCD. Maklumat perjumpaan seperti berikut:
Tarikh:            01 Mac 2011
Masa:              0630 petang
Tempat:          Maxwell Theatre,Hamilton Building(Nassau St entrance)
Tujuan:           1. Salam Perkenalan dengan Pengarah MARA Ireland
                        2. Perbincangan Dasar-dasar BPP dan MARA
                        3. Perbincangan Masalah pelajar di TCD
Kehadiran:     Semua pelajar tajaan MARA adalah WAJIB HADIR   
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut.
Terima Kasih
MARA Ireland

Friday, February 4, 2011

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR PMC2011

Perjumpaan Pengarah MARA Ireland bersama pelajar2 PMC2011 UCD dan RCSI telah diadakan pada hari Sabtu 22 Januari 2011 bertempat di dewan kuliah RCSI. Perjumpaan ini bertujuan menerangkan proses pendaftaran pelajar sewaktu di Malaysia, pemberian tiket penerbangan pelajar, tuntutan dan elaun serta perbincangan mengenai perkara2 lain ketika berada di Ireland ini dan sewaktu di Malaysia nanti.





LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DI DUBLIN

Salam

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia akan membuat lawatan ke Glasgow, London dan Dublin,Ireland dari 12 hingga 19 Februari 2011. Beliau akan berjumpa dengan semua pelajar tahun akhir di Dewan Malaysia, Dublin untuk membincangkan mengenai prospek kerjaya bidang perubatan di Malaysia. Berikut adalah maklumat perjumpaan :

Tarikh:            17 Februari 2011
Masa:              630 petang             
Tempat:          Dewan Malaysia, Leeson Park, Dublin 2.
Jemputan Terhormat:          

                        Y Bhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Mohd Ismail bin Merican
                        KETUA PENGARAH KESIHATAN

                        Dr Hj Wan Mazlan bin Mohamed Woojdy
                        SETIUSAHA MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

Kehadiran:      WAJIB kepada pelajar tajaan 5 sahaja


Wasalam

MARA Ireland