Assalammualailum wbt.
Diharap kan semua pelajar dalam
keadaan sihat. Adalah dimaklumkan bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan pelajar tahun 1,2,3,4 &
5 UCC akan di adakan pada hari Sabtu 08hb Oktober 2016. Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.
Masa : 0900 Pagi - Perjumpaan Pelajar bersama Pengarah
1030 Pagi – Jamuan Makan
Tempat : Bishopstown GAA Club,
Bishopstown, Cork.
Pakaian : Smart Casual
Sila hadir awal 15 minit dari masa
yang ditetapkan untuk kedatangan dan penghantaran borang.
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh
kepada masa yang ditetapkan.
Sekiranya terdapat pertanyaan atau
sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang
permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir
pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan
ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran
adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin dan denda akan dikenakan
sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan. (etc tuntutan
GARDA dan lain2)
Terima kasih
MARA Ireland
