Diminta semua pelajar-pelajar MARA RCSI dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun empat hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad 19 April 2015
Masa: 11.00am Perjumpaan semua pelajar MARA RCSI
01.30pm – Jamuan dan bersurai
Tempat: Heuston Lecture Hall, RCSI
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA
Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih
MARA Ireland