Wednesday, February 25, 2015

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 DBS

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA DBS Ijazah dan ACCA hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Khamis 26 Februari 2015
Masa: 06.30pm – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA DBS
07.30pm –Sembahyang Isyak Berjemaah
Solat Hajat dan Bacaan Yaasin
08.30pm – Jamuan dan bersurai
Tempat: Malaysia Hall
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

Tuesday, February 17, 2015

CHINESE NEW YEAR 2015

Assalamualaikum

Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2015 pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Khamis 19hb Februari 2015.

Pada hari Jumaat 20hb Februari 2015 pejabat akan ditutup juga kerana Pengarah dan staf MARA Ireland akan pergi ke NUIG sempena perjumpaan Pengarah MARA Ireland bersama pelajar-pelajar dan universiti.

Pejabat akan kembali dibuka seperti biasa pada hari Isnin 23hb Februari 2015.

Sekian, Terima kasih
MARA Ireland

Monday, February 16, 2015

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 NUIG

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA NUIG dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 21/02/2015
Masa: 10.00am – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA NUIG
12.00pm –Makan Tengah Hari
01.00pm – Bersurai
Tempat: Lecture Hall, Aras Moyola, NUIG