Thursday, January 8, 2015

UTUSAN DARI PENGARAH MARA IRELAND

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya berharap pelajar-pelajar sekelian berada dalam keadaan sihat dan selamat. Beberapa perkara yang suka saya ingatkan pada kali ini. Kepada yang masih  bercuti , saya harap keselamatan sentiasa dijaga. Passport, wang , talipon, computer dan segala barang yang berharga dijaga rapi. Kepada yang suka menggunakan internet untuk mencari maklumat, saya nasihatkan berhati-hati dan jangan melayari website yang terlarang.
Sejak kebelakangan ini, sentimen anti- Islam semakin merebak dengan berlaku nya perkara-perkara di Syria, Australia dan Perancis (yang terkini).
Berwaspada lah apabila berada dimana – mana sekali pun. Saya nasihat kan, kalau boleh jangan berseorangan apabila keluar dari rumah. Beringat sebelum kena.
Akhir nya Tawakkal.

Sekian.

Pengarah Mara Ireland.