Tuesday, October 30, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 UCC


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar UCC dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan juga postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Ahad 04/11/2012
Masa:                    1130 pagi
Tempat:               Brookfield Health Science Building
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Postgraduate juga diwajibkan hadir.

Terima Kasih

MARA Ireland

Thursday, October 25, 2012

PEJABAT MARA IRELAND

Assalam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Jumaat 26/10/2012 sempena Hari Raya Aidil Adha dan Isnin 29/10/2012 sempena 'bank holiday'. Pejabat akan kembali dibuka seperti biasa pada hari Selasa 30/10/2012.

Sekiranya ada perkara mustahak sila hubungi Pak Lan atau Arfhan di nombor tertera di laman blog ini.

Disini pihak MARA Ireland ingin mengucapkan

'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA'

Sekian, Terima kasih.

MARA Ireland

Wednesday, October 24, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA



HARI RAYA AIDIL ADHA
Semua pelajar MALAYSIA dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Raya Aidil Adha seperti berikut:
 
Tarikh: 26 Oktober 2012
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 2
Aturcara:
9.00 pagi - Berkumpul dan takbir raya
9.30 pagi - Solat Sunat Aidil Adha
10.45 - 4.00 petang - Jamuan
 
Pihak MARA Ireland ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Terima Kasih
MARA Ireland

Monday, October 15, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 TCD


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar TCD dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan Post graduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Jumaat 19/10/2012
Masa:                    0700 petang
Tempat:               Tercentenary Hall, Biomedical Science Building
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Post Graduate tajaan MARA juga dikehendaki hadir ke perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, October 8, 2012

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR & ‘TEAM BUILDING’ MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR RCSI TAHUN 1, 2 dan 3 2012/2013


Dimaklumkan Pejabat MARA Ireland akan mengadakan kursus seperti tersebut diatas secara berperingkat kepada semua pelajar tajaan MARA yang belajar diluar negara (Ireland).

Program ini merupakan program wajib bagi semua pelajar dalam dan luar negara tajaan MARA.

Dengan itu Program Kumpulan 3 pada tahun ini akan dilaksanakan seperti berikut:-

 
HARI PERTAMA (INDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Sabtu 17hb November 2012
Tempat: Malaysia Hall, Leeson Park, Dublin 2.
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Peserta: 144 Pelajar Royal College of Surgeons in Ireland Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Formal
Kehadiran:  Wajib
 
HARI KEDUA (OUTDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Ahad 18hb November 2012
Tempat: Carton House, Maynooth, Co Kildare (Xtreme Ireland)
Tempat Berkumpul: St Patrick Cathedral (7.00 pagi)
Masa: 7.00 pagi – 5.00 petang
Peserta: 144 Pelajar Royal College of Surgeons in Ireland Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Sukan (sila bawa pakaian bersih lebihan)
Kehadiran:  Wajib

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR & ‘TEAM BUILDING’ MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR UCD TAHUN 1, 2 DAN 3 2012/2013


Dimaklumkan Pejabat MARA Ireland akan mengadakan kursus seperti tersebut diatas secara berperingkat kepada semua pelajar tajaan MARA yang belajar diluar negara (Ireland).

Program ini merupakan program wajib bagi semua pelajar dalam dan luar negara tajaan MARA.

Dengan itu Program Kumpulan 2 pada tahun ini akan dilaksanakan seperti berikut:-

HARI PERTAMA (INDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Sabtu 20hb Oktober 2012
Tempat: Malaysia Hall, Leeson Park, Dublin 2.
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Peserta: 125 Pelajar University College Dublin Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Formal
Kehadiran:  Wajib 

HARI KEDUA (OUTDOOR ACTIVITIES)
Tarikh: Ahad 21hb Oktober 2012
Tempat: Carton House, Maynooth, Co Kildare (Xtreme Ireland)
Tempat Berkumpul: Tempat Letak Kereta bersebelahan Futsal Court di UCD, Belfield (8.00 pagi)
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Peserta: 125 Pelajar University College Dublin Tahun 1, 2 dan 3
Pakaian: Sukan (sila bawa pakaian bersih lebihan)
Kehadiran:  Wajib

Wednesday, October 3, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 NUIG


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar NUIG dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Sabtu 13/10/2012
Masa:                    1100 pagi
Tempat:              Lecture Theatre MY243, Aras Moyola
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank dan borang LPP06. (rujuk kepada senior)

Terima Kasih

MARA Ireland

Tuesday, October 2, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 RCSI


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar RCSI dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan Post graduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Ahad 07/10/2012
Masa:                    1100 pagi
Tempat:               Houston Lecture Theatre
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Post Graduate tajaan MARA juga dikehendaki hadir ke perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, October 1, 2012

PROGRAM HIJRAH 2012


Assalam

Education Malaysia bersama Persatuan Pelajar Malaysia Ireland (PPIMI) akan mengadakan satu‘Program HIJRAH’ sempena menyambut pelajar2 tahun satu yang baru tiba di bumi Ireland ini.
Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 06hb Oktober 2012

Masa: 0900 pagi

Tempat: Malaysia Hall,37 Leeson Park, Dublin 2

Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar tahun 1 dan terbuka kepada pelajar Postgraduate baru

Pakaian: Formal