Wednesday, December 12, 2012

PERMOHONAN TUNTUTAN DAN ELAUN PELAJAR 2012

Assalam

Semua permohonan tuntutan dan elaun Rawatan Perubatan, Perjalanan dan Penginapan, dan lain2 tuntutan untuk tahun 2012 akan ditutup pada hari Jumaat 14/12/2012. Sebarang permohonan 2012 yang lambat tidak akan diproses.

Terima kasih
MARA Ireland

Tuesday, December 11, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 DBS


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar ijazah, professional dan postgraduate DBS tajaan MARA hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                Jumaat 14/12/2012
Masa:                 300 petang
Tempat:             Room AS1.2 DBS ,Aungier Street
Kehadiran:        Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, December 10, 2012

PERJUMPAAN & TAKLIMAT DENGAN PELAJAR2 PMC TAHUN KETIGA (AKHIR) RCSI & UCD


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar PMC tahun ketiga (akhir) RCSI dan UCD yang akan pulang ke Malaysia tahun hadapan hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Ahad 16/12/2012
Masa:                    1100 pagi
Tempat:               Malaysia Hall
Kehadiran:          Semua pelajar PMC RCSI & UCD tahun 3 WAJIB HADIR

Sila muat turun dan isi borang Permohonan Tempahan Tiket Kapal Terbang dan Elaun Akhir Pengajian di Blog MARA Ireland. Bawa bersama semasa perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, December 3, 2012

PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Permohonan Bayaran Balik kad GARDA telah ditutup. Permohonan yang tidak lengkap dan lambat tidak akan diproses.
Semua pelajar telah mempunyai peluang selama 3 bulan dari September 2012 hingga akhir November untuk membuat kad GARDA masing2.
Pembayaran kumpulan pertama telah pun dibuat minggu lepas dan kumpulan kedua akan dibayar pada minggu ini.

Terima kasih
MARA Ireland

Wednesday, November 14, 2012

MAAL HIJRAH 1434H

Assalam

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Khamis 15/11/2012 sempena menyambut MAAL HIJRAH 1434H. Pejabat akan kembali beroperasi pada hari berikutnya Jumaat 16/11/2012.
Kami mengucapkan
 
'SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H'
 
'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'
 
 
Terima kasih
 
MARA Ireland

Friday, November 9, 2012

PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Semua permohonan pembayaran balik kad GARDA hendaklah diterima oleh pihak MARA Ireland selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 30hb November 2012. Sebarang permohonan yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak kami.

MARA Ireland

Tuesday, October 30, 2012

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 UCC


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar UCC dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir dan juga postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Ahad 04/11/2012
Masa:                    1130 pagi
Tempat:               Brookfield Health Science Building
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Pelajar tahun 1 sesi 2012/2013 yang baru memulakan pengajian dikehendaki membawa semua borang2 pendaftaran untuk diserahkan kepada Pengarah MARA Ireland semasa perjumpaan tersebut. Sila pastikan semua pelajar tahun 1 membawa salinan asal penyata bank. (rujuk kepada senior)

Pelajar Postgraduate juga diwajibkan hadir.

Terima Kasih

MARA Ireland