Assalam
Mulai 1 Disember 2011 Pejabat MARA Ireland akan mula beroperasi di
LEVEL 2A
SHELBOURNE HOUSE
SHELBOURNE ROAD
BALLSBRIDGE
DUBLIN 4
(bangunan Kedutaan Besar Malaysia, Ireland)
Diminta semua surat menyurat diposkan ke alamat yang baru. Sekiranya pelajar2 hendak datang dan berjumpa dengan Pengarah MARA Ireland sila hubungi Pak Lan 087-1614582 atau Arfhan 085-7394140.
Terima kasih
MARA Ireland
Wednesday, November 30, 2011
Wednesday, November 16, 2011
MAJLIS PERJUMPAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KEMENTERIAN KESIHATAN, Y. BHG DATUK NOOR HISHAM ABDULLAH
Assalam
Pihak Education Malaysia akan mengadakan satu majlis perjumpaan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malayisa, Y. Bhg Datuk Noor Hisham Abdullah bersama pelajar-pelajar perubatan. Maklumat seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 19 November 2011
Masa: 10.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan MALAYSIA, Leeson Park, Dublin 2.
Kehadiran: Semua pelajar perubatan
Catatan:
Jamuan makan tengah hari disediakan
MARA Ireland
KURSUS TRANSFORMASI MARA KE ARAH GLOBALISASI
Assalam
Pihak MARA Ireland akan mengadakan satu Kursus ‘Transformasi MARA ke Arah Globalisasi’ selama 3 hari untuk pelajar-pelajar NUIG. Informasi kursus adalah seperti di bawah.
Tarikh: Jumaat 25/11/2011 – Ahad 27/11/2011
Masa: 4.30-5.00 petang Jumaat 25/11/2011
(pendaftaran di Lobby Radisson Hotel)
Tempat: Radisson Blu Hotel, Galway
Kehadiran: Semua pelajar tajaan MARA NUIG dari tahun 1 hingga 5 dan pelajar Master WAJIB HADIR
Pakaian: Formal
Catatan:
1.Jadual kursus akan diedarkan sewaktu pendaftaran
2.Tetamu dari Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur akan bersama2 menyertai kursus tersebut.
Seminar akan mengambil masa selama 3 hari dan kehadiran pelajar adalah wajib. Makanan dan minuman akan disediakan dan penyampaian sijil peyertaan akan diadakan pada hari terakhir selepas selesai kursus.
MARA Ireland
Tuesday, November 1, 2011
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA
HARI RAYA AIDIL ADHA
Semua pelajar tajaan MARA dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Raya Aidil Adha seperti berikut:
Tarikh: 6 November 2011
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 6
Aturcara:
8.30 pagi - Berkumpul dan takbir raya
9.00 pagi - Solat Sunat Aidil Adha
10.30 - 2.30 petang - Jamuan
Pihak MARA Ireland ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
Pihak MARA Ireland ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Terima Kasih
MARA Ireland
MAKAN MALAM BERSAMA TALENT CORP
Assalam
Pelajar Tajaan MARA dijemput hadir dipertemuan dengan pihak Talent Corp seperti berikut:-
Tarikh: Khamis 3 November 2011
Masa: 645 petang
Tempat: King Charlie’s, 15 Dame Street, Dublin 2.
Aturcara: 7.00mlm – Pendaftaran
7.30mlm – Aluan dari Talent Corp & Syarikat-syarikat dari Malaysia
7.45mlm – Makan Malam
Pelajar yang hendak mendapat tempat di perjumpaan tersebut dikehendaki mengisi borang penyertaan secara online di
Jemputan adalah berdasarkan ala ‘first come first basis’.
Terima Kasih
MARA Ireland
Tuesday, October 25, 2011
HARI DEEPAVALI 2011
Assalam
Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Rabu 26/10/2011 sempena menyambut Hari Deepavali. Pejabat akan kembali dibuka pada Khamis 27/10/2011.
'SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI'
MARA Ireland
Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Rabu 26/10/2011 sempena menyambut Hari Deepavali. Pejabat akan kembali dibuka pada Khamis 27/10/2011.
'SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI'
MARA Ireland
Monday, October 24, 2011
SEMINAR TRANSFORMASI MARA KE ARAH GLOBALISASI
Assalam
Pihak MARA Ireland akan mengadakan satu seminar ‘Seminar Transformasi MARA ke Arah Globalisasi’ untuk pelajar-pelajar PMC. Informasi seminar adalah seperti di bawah.
Tarikh: Isnin 31 Oktober 2011
Masa: 8.30 pagi (pendaftaran)
Tempat: Bilik Grafton 2, Westbury Hotel, Grafton St, D2.
Kehadiran: Semua pelajar tajaan MARA
PMC Tahun 1, 2 & 3 RCSI
Pelajar DBS
PMC Tahun 1, 2 & 3 RCSI
Pelajar DBS
WAJIB HADIR
Pakaian: Formal
Seminar akan mengambil masa selama satu hari dan kehadiran pelajar akan diambil. Makanan dan minuman akan disediakan dan penyampaian sijil peyertaan akan diadakan pada waktu petang selepas selesai seminar.
MARA Ireland
Subscribe to:
Posts (Atom)
