Wednesday, August 10, 2011

LAWATAN TUAN HAJI AZMI PENGARAH BPP MARA KE DUBLIN

Pada 17/07/2011 Tuan Haji Azmi, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran tiba di bumi Ireland ini untuk lawatan kerja ke 3 pusat pengajian di sekitar Dublin.

Tuan Haji Azmi Pengarah BPP bersama En Azlan Osman Pengarah MARA Ireland di Pejabat MARA Ireland di Clifton House

Melawat Royal College of Surgeons in Ireland
Bersama Gerry Muldowney, CEO Dublin Business School

Pertemuan dengan wakil Trinity College Dublin

Sesi beramah mesra bersama profesional-profesional yang kini menetap dan bekerja di Dublin

Sesi makan malam di Restoran SWAI, Dublin 1

Monday, August 1, 2011

PERUTUSAN PENGARAH MARA IRELAND SEMPENA BULAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 2011/1432H

Syukur Alhamdulilah kepada ALLAH SWT yang memberikan kita kesihatan dan rezeki yang cukup hingga kita sama-sama dapat menjalankan ibadah puasa walaupun berada jauh dari tanahair tercinta. Bagi pihak Pengarah dan staf dari Pejabat MARA Ireland mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pelajar tajaan MARA yang berada di Ireland dan sedang bercuti di Malaysia.

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL MUBARAK"

Tuesday, July 5, 2011

PERMOHONAN TAMBAH TAHUN PERUNTUKAN & ELAUN SARA HIDUP

Assalam

Diminta semua pelajar yang pernah mengulang tahun dan sekiranya sesi 2010/2011 merupakan tahun akhir peruntukan MARA diminta menghantar surat permohonan menambah tahun peruntukan. Surat permohonan hendaklah disertakan salinan keputusan peperiksaan dari tahun satu hingga sekarang serta latar belakang keluarga termasuk gaji/pendapatan ibu bapa serta bilangan tanggungan. Semua permohonan hendaklah dihantar dengan segera sebelum kemasukan sesi seterusnya.

Kepada pelajar yang mengulang tahun pada sesi 2010/2011 dan telah lulus peperiksaan mereka sila hantar surat permohonan mengaktifkan semula Elaun Sara Hidup mereka secepat mungkin. Akan tetapi ESH akan mula diaktifkan seawal September sahaja sewaktu pelajar mendaftar untuk sesi seterusnya. Sama seperti diatas pelajar hendaklah mengemukan surat permohonan, keputusan peperiksaan dari tahun satu hingga sekarang serta latar belakang keluarga termasuk gaji/pendapatan ibu bapa serta bilangan tanggungan.

Sekian, terima kasih.

MARA Ireland

Wednesday, June 29, 2011

PERUTUSAN TAHNIAH & SYABAS

Assalamualaikumwbt.

Terlebih dahulu bersyukur kehadrat illahi kerana memberi kita kesejahteraan untuk hidup di bumi yang indah ini. Bagi pihak MARA serta Pejabat MARA Ireland mengucapkan TAHNIAH& SYABAS kepada semua graduan tajaan MARA yang telah menerima ijazah perubatan masing-masing dalam Majlis Graduasi “Conferring” yang telah dijalankan oleh pihak university sepanjang bulan Jun.2011.

Anda sekarang telah bergelar “DR” dan dengan itu segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang pengajian di Ireland selama 5 atau 6 tahun dapat di menafaatkan dengan sebaik mungkin untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Nasihat saya agar saudara/saudari yang telah bergelar“DR” itu dapat menyumbang segala bakti, terutamanya khususnya ibu-bapa dan MARA amnya.

Akhir sekali saya mengucapkan TAHNIAH & SYABAS sekali lagi kepada semua mereka yang telah lulus dengan cemerlang dan ucapan terima kasih.

Sekian, Wasalam

AZLAN OSMAN (PAK LAN)
PENGARAH
MARA IRELAND

Jun. 2011


















Friday, June 17, 2011

PERMOHONAN ELAUN BUKU & BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Semua pelajar dikehendaki menghantar borang elaun buku seawal Ogos 2011 atau setelah pelajar mendaftar kembali ke universiti masing-masing. Ini adalah kerana setiap permohonan elaun buku hendaklah disertakan keputusan peperiksaan tahun pembelajaran sebelumnya dan Perancangan Kursus untuk sesi seterusnya (borang disediakan).

Permohonan bayaran balik kad GARDA pula boleh dituntut setelah pelajar membuat kad GARDA masing-masing. Sila pastikan pelajar sertakan salinan asal resit pembayaran dan salinan kad GARDA.

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dua salinan setiap satu. Sila pastikan no rujukan MARA, nama, alamat, email, no telefon bimbit serta IBAN no adalah tepat. Sila baca Prosedur Permohonan di laman blog ini. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Semua permohonan dikehendaki sampai ke pejabat MARA Ireland sebelum 01/12/2011 bagi memudahkan proses pembayaran. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.


Wassalam

Pengarah MARA Ireland

Wednesday, June 8, 2011

BBQ BERSAMA PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR UCD & RCSI

Sempena meraikan keputusan peperiksaan akhir dan menamatkan sesi pembelajaran mereka di Ireland ini, pelajar-pelajar tahun akhir UCD & RCSI bersama Pengarah MARA Ireland telah mengadakan sesi BBQ di Kediaman Pengarah MARA Ireland pada hari Jumaat 27/05/2011. Turut hadir ialah keluarga pelajar-pelajar yang datang khas untuk menghadiri majlis konvokesyen disamping bercuti bersama anak-anak mereka. MARA Ireland ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tahun akhir yang telah berjaya tamat menuntut bagi sesi 2010/2011 ini.