Pada hari Sabtu 14/05/2011 Pengarah MARA Ireland membuat kunjungan ke NUIG untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar tahun akhir bagi membincangkan prestasi keputusan peperiksaan akhir.
Wednesday, June 8, 2011
Monday, May 16, 2011
SESI RAMAH MESRA PELAJAR TAHUN AKHIR TCD 2010/2011
Pada 21/04/2011 pelajar-pelajar tahun akhir TCD telah datang ke pejabat MARA Ireland buat kali terakhir untuk menguruskan tuntutan mereka sebelum mereka pulang ke Malaysia. Pihak kami ingin mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar tahun akhir TCD kerana berjaya menamatkan pelajaran mereka dengan cemerlang. Diharap pengalaman mereka semasa berada di Dublin ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan iktibar sewaktu di Malaysia nanti.
A VISIT TO BEAUMONT HOSPITAL
Pada 18/04/2011 En Azlan, Penagarah MARA bersama Cik Afidah, Pegawai JPA membuat lawatan ke Hospital Beaumont untuk melihat sendiri suasana pelajar RCSI membuat praktikal klinikal mereka.
Thursday, May 12, 2011
ELAUN AKHIR PENGAJIAN
Assalam
Syabas saya ucapkan kepada semua pelajar tahun akhir yang berjaya menamatkan pengajian. Diminta semua pelajar tahun akhir 2011 menghantar keputusan peperiksaan akhir untuk pemprosesan elaun akhir pengajian.
Wassalam
Syabas saya ucapkan kepada semua pelajar tahun akhir yang berjaya menamatkan pengajian. Diminta semua pelajar tahun akhir 2011 menghantar keputusan peperiksaan akhir untuk pemprosesan elaun akhir pengajian.
Wassalam
Saturday, April 9, 2011
UTUSAN DARI PENGARAH MARA IRELAND
Assalamualaikum wbt.
Kepada Semua Pelajar Tajaan MARA.
Saudara/Saudari,
Saya bagi pihak MARA mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah hadir dalam perjumpaan dengan Pengarah MARA Ireland di UCC,NUIG,TCD,RCSI dan akhir sekali UCD. Bagi pelajar tahun akhir, saya mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara/saudari dalam mengendalikan program “Sharing of Knowledge” di RCSI baru-baru ini. Untuk semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan yang akan datang ini, saya harap saudara/saudari dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya “Study Hard and Smart” dan saya senantiasa mendoakan akan kejayaannya.
Pelajar yang telah gagal dalam peperiksaan Semester 1 (Winter) 2010 diharapkan saudara/saudari akan lebih gigih lagi agar kejayaan dipihak saudara/saudari. Bertawakkal dan berdoalah selalu kepada Allah swt. agar segala usaha yang telah diusahakan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Sekian,
Wasalam
Azlan Hj. Osman (Pak Lan)
Pengarah MARA Ireland.
8 April 2011
PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR-PELAJAR UCD
Assalam
Perjumpaan Pengarah MARA Ireland, Pegawai JPA, Wakil MSD dan wakil-wakil university bersama pelajar-pelajar UCD telah diadakan pada 5 April 2011 bertempat di UCD Health Sciences Centre. Sesi soal jawab, perbincangan masalah serta cadangan berjaya dikemukakan dan Pengarah MARA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar UCD yang hadir dalam melaksanakan sesi ramah mesra ini dengan cemerlang. Diharap semua pelajar menyedari dan sedar akan tanggungjawab mereka di UCD ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

