Thursday, September 7, 2017

PERJUMPAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 UCC

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA UCC dari tahun satu hingga tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Ahmad Izlan Idris. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 14 Oktober 2017
Masa: 1100 – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
1300 – Bersurai
Tempat: GAA Club (sila rujuk PPMC)
Kehadiran: WAJIB

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 NUIG

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Diminta semua pelajar-pelajar MARA NUIG dari tahun satu hingga tahun akhir dan pelajar sarjana hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Ahmad Izlan Idris. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 16 September 2017
Masa: 1100 – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA
1300 – Bersurai
Tempat: CSI Large Theatre NUIG
Kehadiran: WAJIB

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Pelajar-pelajar baru tahun 1 dikehendaki membawa semua dokumen (pendaftaran) semasa perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih

MARA Ireland

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA


Friday, June 23, 2017

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, pihak MARA Ireland ingin mengucapkan
“SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”.
Kami ingin memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tersilap bicara.

Saya juga ingin memaklumkan saya akan menamatkan tugas saya di Ireland pada hujung bulan Julai dan akan kembali ke Malaysia pada 26 Julai, InshaAllah.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memudahkan tugas saya di sini selama ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Ireland. Semoga anda tabah menempoh cabaran hidup di Ireland dan berjaya dengan cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.
Saya akan menyambung perkhidmatan saya sebagai Pengetua di MRSM Pengkalan Hulu, Perak dan boleh dihubungi di nombor +6019-4791961.


Hingga kita berjumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah di Malaysia.

Sekian. Assalamualaikum W.B.T.

Pengarah

MARA Ireland


Wednesday, May 10, 2017

PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN

Assalamualaikum

Kepada semua pelajar tahun akhir yang hendak MARA belikan tiket penerbangan. Setakat ini flight MAS, EMIRATES, ETIHAD & TURKISH boleh pihak MARA belikan. Sekiranya mahu pulang bersama keluarga sila hanatr sekali itinery keluarga untuk memudahkan pembelian tiket.

Kelebihan pembelian melalui agent adalah sekiranya pelajar mahu menukar tarikh sekiranya emergency atau pelajar terlepas flight pihak agent boleh uruskan tanpa dikenakan bayaran. Bergantung kepada situatsi.

Minta pelajar tahun akhir menghantar borang

1) Permohonan Tempahan Tiket Penerbangan & Elaun Akhir (2 salinan)
-sertakan keputusan peperiksaan (untuk elaun akhir)
-itinery keluarga (sekiranya mahu pulang bersama keluarga)
-sekiranya beli sendiri sila nyatakan didalam borang

2) Permohonan Bayaran Balik Tiket Penerbangan
-itinery dan resit pembayaran

Pelajar hanya perlu email sahaja dan tidak perlu pos atau hadir ke pejabat.

Terima Kasih

MARA Ireland