Assalamualaikum
Kepada semua pelajar2 UCD & RCSI yang akan pulang ke Penang Medical College pada Disember 2016 dan Januari 2017 untuk menghantar dokumen2 ini secepat mungkin. Semua pelajar perlu menghantar sebelum 30/11/2016. Sila ambil perhatian serius.
1) Permohonan Tempahan Tiket Penerbangan dan Elaun Akhir Pengajian (ada di blog)
- Semua pelajar perlu mengisi borang ini untuk tuntutan Elaun Akhir Pengajian.
- Pelajar yang ingin MARA belikan tiket penerbangan mereka sila isi tarikh dan keperluan khas eg. MARA
- Sekiranya pelajar ingin membeli tiket sendiri dan membuat tuntutan sila kosongkan tarikh penerbangan dan isi keperluan khas eg BELI SENDIRI
2) Permohonan Bayaran Balik Tiket Penerbangan (minta pelajar email kepada mara.ireland@yahoo.com untuk borang)
- Pelajar boleh membeli tiket penerbangan dari Dublin-Kuala Lumpur sahaja
- Hanya tiket Ekonomi Satu Hala dibenarkan dan tuntutan hanya terhad kepada €700 sahaja (penjimatan)
- Tiada penambahan bagasi dibenarkan
- Semua tuntutan perlu dihantar sebelum 30/11/2016 sebarang tuntutan yang lambat tidak akan dibayar
Pastikan akaun bank pelajar tidak ditutup untuk proses kemasukan elaun sara hidup sehingga akhir Jan 2017 bergantung kepada kontrak masing2.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pihak MARA Ireland.
Terima kasih
MARA Ireland
Tuesday, November 15, 2016
Tuesday, November 8, 2016
PERHATIAN! PERJANJIAN PELAJAR MARA
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera,
Saya berharap semua pelajar dalam keadaan
sihat sejahtera.
Saya petik dari Fasal 5.1 dalam kontrak MARA yang pelajar
telah tandatangan.
”5. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa Pelajar
tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya Perjanjian ini,
iaitu dalam masa tempoh Pengajian Tersebut dan juga kemudian daripadanya
sehingga tamat tempoh pekerjaannya di bawah fasal 1.6 perjanjian ini:-
5.1 mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu
penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan ,
badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada
pendapat Majlis adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu insitutsi
pendidikan ;
6. Jika pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana
hal dalam Fasal 4 dan 5 Perjanjian ini, Majlis boleh, menurut
budibicara mutlaknya:
6.1 menamatkan Perjanjian ini dan
dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak Majlis di bawah Perjanjian ini, Pelajar
tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah Perjanjian ini.
6.2 Penamatan Perjanjian ini
menurut fasal 6.1 Fasal ini adalah akhir dan muktamad.”
Sekian. Terima kasih.
Pengarah MARA Ireland
Monday, October 24, 2016
PERJUMPAAN MANTAN PENGARAH MARA IRELAND EN. AZLAN OSMAN BERSAMA PELAJAR2 TAHUN 5 DAN 1 UCD, RCSI DAN TCD.
Assalamualaikum
Semua,
Saya berharap
semua pelajar dalam keadaan sihat sejahtera.
Sempena lawatan
Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah,
( Mantan Pengarah MARA Ireland) ke Dublin, suatu perjumpaan akan
diadakan di Malaysia Hall.
Semua pelajar
Tahun Satu UCD,RCSI,TCD dan pelajar Tahun Akhir UCD, RCSI dan TCD dikehendaki
hadir.
Butiran.:
Tarikh : 6
November 2016 (Ahad)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Malaysia
Hall
Sekian, terima
kasih
Pengarah MARA
Ireland
PERMOHONAN BAYARAN BALIK TUNTUTAN KAD GARDA SESI 2016/2017
Assalamualaikum
Diminta semua pelajar yang layak memohon menghantar borang permohonan bayaran balik tuntutan kad GARDA sebelum 1hb Disember 2016. Permohonan selepas tarikh ini akan diproses tahun hadapan 2017. Hanya permohonan untuk sesi 2016/2017 sahaja dibenarkan. Pelajar hanya dibenarkan memohon sekali setahun.
Pastikan hanya satu borang permohonan, resit asal (original) dan salinan kad GARDA disertakan.
Sebarang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.
Terima kasih
MARA Ireland
Diminta semua pelajar yang layak memohon menghantar borang permohonan bayaran balik tuntutan kad GARDA sebelum 1hb Disember 2016. Permohonan selepas tarikh ini akan diproses tahun hadapan 2017. Hanya permohonan untuk sesi 2016/2017 sahaja dibenarkan. Pelajar hanya dibenarkan memohon sekali setahun.
Pastikan hanya satu borang permohonan, resit asal (original) dan salinan kad GARDA disertakan.
Sebarang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.
Terima kasih
MARA Ireland
Friday, October 7, 2016
PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 NUIG
Assalammualailum wbt.
Diharap kan semua pelajar dalam keadaan sihat. Adalah dimaklumkan bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan pelajar tahun 1, 2, 3, 4, & 5 NUIG serta pelajar Postgraduate akan di adakan pada hari Sabtu 15hb Okt 2016. Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.
1.00pm- Pelajar Tahun 1, 2, 3, 4, 5 & Postgrad
3.00pm- Jamuan Makan
5.30pm- Bersurai
5.30pm- Bersurai
Sila hadir awal 15 minit dari masa yang ditetapkan untuk kedatangan dan penghantaran borang.
Tempat : Aras Moyola
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh kepada masa yang ditetapkan.
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh kepada masa yang ditetapkan.
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin dan denda akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan. (etc tuntutan GARDA dan lain2)
Terima kasih
MARA Ireland
Thursday, October 6, 2016
PERINGATAN KEPADA SEMUA PELAJAR MARA
Assalamualaikum
Diminta semua pelajar MARA yang hendak ke Luar Negara termasuk Malaysia perlu meminta kebenaran 2 minggu sebelum perjalanan ke Pejabat MARA Ireland terlebih dahulu. Tindakan akan diambil sekiranya pelajar tidak mematuhi peraturan.
Sila isi borang 'Permohonan Kebenaran Ke Luar Negara' yang terdapat di laman blog ini dan emailkan kepada pengarah di mara.ireland@yahoo.com.
Semua kelulusan adalah ditangan Pengarah MARA Ireland.
Terima kasih
MARA Ireland
Diminta semua pelajar MARA yang hendak ke Luar Negara termasuk Malaysia perlu meminta kebenaran 2 minggu sebelum perjalanan ke Pejabat MARA Ireland terlebih dahulu. Tindakan akan diambil sekiranya pelajar tidak mematuhi peraturan.
Sila isi borang 'Permohonan Kebenaran Ke Luar Negara' yang terdapat di laman blog ini dan emailkan kepada pengarah di mara.ireland@yahoo.com.
Semua kelulusan adalah ditangan Pengarah MARA Ireland.
Terima kasih
MARA Ireland
PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 UCC
Assalammualailum wbt.
Diharap kan semua pelajar dalam
keadaan sihat. Adalah dimaklumkan bahawa satu
perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan pelajar tahun 1,2,3,4 &
5 UCC akan di adakan pada hari Sabtu 08hb Oktober 2016. Jadual perjumpaan adalah seperti berikut.
Masa : 0900 Pagi - Perjumpaan Pelajar bersama Pengarah
1030 Pagi – Jamuan Makan
Tempat : Bishopstown GAA Club,
Bishopstown, Cork.
Pakaian : Smart Casual
Sila hadir awal 15 minit dari masa
yang ditetapkan untuk kedatangan dan penghantaran borang.
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA dan pastikan patuh
kepada masa yang ditetapkan.
Sekiranya terdapat pertanyaan atau
sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang
permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir
pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat rasmi menyatakan
ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan ketidakhadiran
adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin dan denda akan dikenakan
sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan. (etc tuntutan
GARDA dan lain2)
Terima kasih
MARA Ireland
Subscribe to:
Posts (Atom)