Assalamualaikum
Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2015 pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Khamis 19hb Februari 2015.
Pada hari Jumaat 20hb Februari 2015 pejabat akan ditutup juga kerana Pengarah dan staf MARA Ireland akan pergi ke NUIG sempena perjumpaan Pengarah MARA Ireland bersama pelajar-pelajar dan universiti.
Pejabat akan kembali dibuka seperti biasa pada hari Isnin 23hb Februari 2015.
Sekian, Terima kasih
MARA Ireland
Tuesday, February 17, 2015
Monday, February 16, 2015
PERJUMPAAN PENGARAH MARA IRELAND BERSAMA PELAJAR2 NUIG
Assalamualaikum & Selamat
Sejahtera
Diminta semua pelajar-pelajar MARA NUIG dari tahun pertama hingga ke
pelajar tahun akhir dan postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah
MARA Ireland En Abd Rahim Ahmad. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 21/02/2015
Masa: 10.00am – Perjumpaan bersama semua pelajar MARA NUIG
12.00pm
–Makan Tengah Hari
01.00pm
– Bersurai
Tempat: Lecture Hall, Aras Moyola, NUIG
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar MARA
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan
sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh
diserahkan sewaktu perjumpaan.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan
menghantar surat rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan
tersebut. Kelulusan ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan
disiplin akan dikenakan sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.
Terima Kasih
MARA Ireland
Thursday, January 8, 2015
UTUSAN DARI PENGARAH MARA IRELAND
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya berharap pelajar-pelajar sekelian berada dalam keadaan
sihat dan selamat. Beberapa perkara yang suka saya ingatkan pada kali ini.
Kepada yang masih bercuti , saya harap
keselamatan sentiasa dijaga. Passport, wang , talipon, computer dan segala
barang yang berharga dijaga rapi. Kepada yang suka menggunakan internet untuk
mencari maklumat, saya nasihatkan berhati-hati dan jangan melayari website yang
terlarang.
Sejak kebelakangan ini, sentimen anti- Islam semakin merebak
dengan berlaku nya perkara-perkara di Syria, Australia dan Perancis (yang
terkini).
Berwaspada lah apabila berada dimana – mana sekali pun. Saya
nasihat kan, kalau boleh jangan berseorangan apabila keluar dari rumah.
Beringat sebelum kena.
Akhir nya Tawakkal.
Sekian.
Pengarah Mara Ireland.
Wednesday, December 10, 2014
PERINGATAN DARI PENGARAH MARA IRELAND
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga
pelajar-pelajar sekelian dalam keadaan sihat sejahtera sempena minggu
peperikasaan ini. Jaga kesihatan, jaga makan minum dan lebih- lebih lagi jaga
keselamatan diri.
Sejak kebelakangan
ini banyak perkara yang tidak diingini telah berlaku pada pelajar-pelajar.
Kecederaan jatuh basikal dan sebagainya. Yang lebih merisaukan ialah pecah
rumah. Ada beberapa rumah telah dimasuki pencuri dan barang berharga seperti
laptop telah hilang.
Saya nasihatkan
jangan tinggal barang berharga dirumah semasa ketiadaan pelajar. Semangat kejiranan perlu tinggi. Maklum pada jiran yang boleh dipercayai atau pelajar-pelajar berdekatan sekiranya
hendak keluar rumah. Pastikan semua pintu dikunci termasuk pintu bilik semasa
ketiadaan pelajar. Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
Insya Allah saya
akan berurusan dengan Garda untuk maklum perkara ini.
Beringat selalu. Baca ayatul Kursi semasa
hendak tinggalkan rumah.
Akhir sekali tawakal.
Sekian. Wasalam.
Friday, November 28, 2014
GOOD LUCK EXAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Winter is coming in Ireland but I hope it
is not as cold as the exams that you are sitting for in the coming days. I am
confident that you can achive good results. Consistency is important and not
last minute studies and spotting question that will bring you to greater
heights.
Even if is not the finals, exams will be
exams and you have to persevere.
MARA Ireland
Tuesday, November 25, 2014
Tuesday, November 4, 2014
PEMBAYARAN ELAUN/TUNTUTAN PELAJAR
Assalamualaikum
Diminta semua pelajar yang ingin membuat tuntutan dikehendaki menghantar semua borang permohonan sebelum 21/11/2014. Sebarang permohonan yang diterima lewat dari tarikh tersebut tidak akan diproses dan akan dibawa ke tahun hadapan..
Pastikan semua borang permohonan tuntutan lengkap dengan dokumen2 yang diperlukan. Semua pelajar dikehendaki membaca prosedur permohonan.
Terima kasih
MARA Ireland
Diminta semua pelajar yang ingin membuat tuntutan dikehendaki menghantar semua borang permohonan sebelum 21/11/2014. Sebarang permohonan yang diterima lewat dari tarikh tersebut tidak akan diproses dan akan dibawa ke tahun hadapan..
Pastikan semua borang permohonan tuntutan lengkap dengan dokumen2 yang diperlukan. Semua pelajar dikehendaki membaca prosedur permohonan.
Terima kasih
MARA Ireland
Subscribe to:
Posts (Atom)
