Tuesday, March 19, 2013

PENGUMUMAN


Pengarah MARA Ireland (Pak Lan) akan bercuti mulai 25 Mac 2013 sehingga 7 April 2013 kerana menunaikan umrah. Semua urusan pentadbiran boleh rujuk kepada En Muhammad Arfhan Othman sehingga Pak Lan kembali.
Mohon Doakan agar umrah Pak Lan sekeluarga diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, wasalam.
Pengarah MARA Ireland
(Pak Lan)

Monday, February 25, 2013

MALAYSIA BAZAAR 2013



PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR2 RCSI


Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar RCSI dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh:                  Sabtu 02/03/2013
Masa:                    1030 pagi
Tempat:               Chaeyne Lecture Theatre
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Terima Kasih
MARA Ireland

Friday, February 8, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Pejabat MARA Ireland akan ditutup pada hari Isnin, 11/02/2013 sempena menyambut Tahun Baru Cina. Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 12/02/2013. Kami di pejabat MARA Ireland ingin mengucapkan

Selamat Tahun Baru Cina
' Gong Xi Fa Cai'
 
 

Thursday, January 31, 2013

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR ‘CLINICAL TALK’ 2013


Assalam

Pejabat MARA Ireland akan menganjurkan satu program ‘Clinical Talk’ untuk semua pelajar2 tajaan MARA tahun 4 dan tahun 5 (akhir) RCSI, UCD, TCD, UCC dan NUIG sahaja
Tarikh: Ahad 17 Februari 2013

Tempat: Ballsbridge Hotel,Pembroke Road, Ballsbridge, Dublin 4.

Masa: 08.30 pagi – 06.30 petang

Pendaftaran: 08.30 pagi di Ballroom Concourse, Ballsbridge Hotel

Dengan itu semua pelajar2 tajaan MARA tahun 4 dan tahun 5 (Perubatan) WAJIB HADIR

Sekian, wasalam.

Pengarah MARA Ireland

Wednesday, January 23, 2013

PEMBERITAHUAN


Dukacita dimaklumkan salah seorang pelajar tajaan MARA Tahun 1 dari RCSI bernama NABIHAH ISMAIL telah dimasukkan ke Hospital Beaumont pada 20/01/2013. Pada hari ini 23/01/2013 saudari NABIHAH akan menjalani pembedahan.
Dengan itu MARA Ireland mengharapkan semua pelajar dapat mendoakan agar pembedahan tersebut selamat dijalankan. Sokongan dan doa saudara/saudari sangatlah dihargai.

Sekian, wasalam.
Pengarah MARA Ireland
(Pak Lan)