Assalam
Diminta semua pelajar2 tahun akhir menghantar Borang Tempahan Tiket Penerbangan dan Elaun Akhir secepat mungkin. Semua tarikh penerbangan hendaklah sebelum tamat Julai 2012 dan hanya penerbangan ke Kuala Lumpur sahaja yang dibenarkan.
Pembayaran elaun akhir pengajian akan dibuat mengikut universiti. Sekiranya terdapat pelajar2 yang masih belum menghantar borang ianya akan melambatkan proses pembayaran elaun akhir pelajar2 yang lain. Sila pesan kepada rakan2 anda supaya menghantarnya secepat mungkin.
Terima kasih
MARA IRELAND
Wednesday, April 25, 2012
Friday, March 23, 2012
TALENT CORPORATION MALAYSIA 'CAREER TALK'
Assalam
Talent Corporation Malaysia akan mengadakan satu ‘Career Talk’ yang akan disampaikan oleh
Y. Bhg Datin Paduka Siti Sa’diah Sheik Bakir,
Managing Director
KPJ Healthcare Berhad
Y. Bhg Datuk Noor Hisham
Deputy Director General Health
Ministry of Health Malaysia
serta beberapa syarikat perniagaan dan perubatan dari Malaysia.
Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Jumaat 6 April 2012(Good Friday)
Masa: 02.30 ptg – Makan Tengah Hari (anjuran Talent Corp)
03.30 ptg – Careers Talks untuk bidang perniagaan dan perubatan
Tempat: Radisson Blu Hotel, Dublin 2
Kehadiran: WAJIB untuk semua pelajar tahun 4 dan 5 perubatan
WAJIB untuk semua pelajar DBS
Thursday, March 22, 2012
PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR UNIVERSITY COLLEGE CORK
Assalam
Diminta semua pelajar-pelajar UCC dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Jumaat 30 Mac 2012
Masa: 7.00 mlm
Tempat: Western Gateway Building
Kehadiran: Semua pelajar WAJIB HADIR
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Terima Kasih
MARA Ireland
Monday, March 19, 2012
PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR NATIONAL UNIVERSITY OF IRELAND GALWAY
Assalam
Diminta semua pelajar-pelajar NUIG dari tahun pertama hingga ke pelajar master hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 24 Mac 2012
Masa: 4.00 ptg - Perjumpaan bersama Pengarah
6.30 ptg – Solat Hajat
Tempat: The Cube and The Stage, Aras na Maclein
Kehadiran: Semua pelajar WAJIB HADIR
Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.
Terima Kasih
MARA Ireland
Tuesday, March 13, 2012
Wednesday, March 7, 2012
FIH OLYMPIC GAMES QUALIFYING TOURNAMENT
Assalam
Seperti yang semua pelajar tahu pasukan Hoki Malaysia akan bertanding untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada musim panas ini. Jadual Pertandingan serta tiket terdapat di laman web www.hockey.ie.
Terdapat 6 pasukan yang akan bertanding iaitu Malaysia, Korea, Ireland, Russia, Chile dan Ukraine. Format pertandingan adalah secara 'round robin'. Juara keseluruhan akan layak ke sukan Olimpik.
Terdapat 6 pasukan yang akan bertanding iaitu Malaysia, Korea, Ireland, Russia, Chile dan Ukraine. Format pertandingan adalah secara 'round robin'. Juara keseluruhan akan layak ke sukan Olimpik.
Berikut merupakan jadual perlawanan pasukan Malaysia
Sabtu 10/03/2012 12:00 Malaysia vs Chile
Ahad 11/03/2012 12:30 Malaysia vs Russia
Selasa 13/03/2012 13:00 Ukraine vs Malaysia
Khamis 15/03/2012 15:30 Malaysia vs Korea
Sabtu 17/03/2012 15:00 Ireland vs Malaysia
Ahad 18/03/2012 11:00 5th in Pool vs 6th in Pool
13:30 3rd in Pool vs 4th in Pool
16:00 1st in Pool vs 2nd in Pool
Semua perlawanan akan diadakan di padang hoki UCD.
Diharap semua pelajar2 Malaysia dapat memberi sokongan padu kepada pasukan hoki Malaysia kita.
'MALAYSIA BOLEH'
Terima kasih
MARA Ireland
Wednesday, February 29, 2012
PERJUMPAAN RAMAH MESRA BERSAMA YB. MENTERI LUAR MALAYSIA (FOREIGN AFFAIR) DATO' SRI ANIFAH HJ. AMAN
Pihak Kedutaan Malaysia di Ireland akan mengadakan satu sesi Perjumpaan Ramah Mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia bersama YB. Menteri Luar Malaysia (Foreign Affair) Dato' Sri Anifah Hj. Aman serta delegasi. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: Selasa, 6 Mac 2012
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 6.
Masa: 7.00 malam
Kehadiran semua pelajar-pelajar Malaysia amat dialu-alukan.
Terima Kasih
Pengarah
MARA Ireland
Subscribe to:
Posts (Atom)

