Wednesday, January 4, 2012

PELAJAR2 PMC 2012 RCSI DAN UCD

Assalam

Diminta semua pelajar2 PMC2012 dari UCD menghantar borang permohonan tempahan tiket penerbangan dan elaun akhir pengajian secepat mungkin. Selewat2nya sebelum 10/01/2012.

Semua tiket penerbangan akan hanya ditempah sehingga ke KLIA sahaja. Sekiranya pelajar hendak balik ke negeri masing2 pelajar hendak menanggungnya sendiri.

Semua pelajar2 PMC 2012 akan mendapat elaun akhir pengajian.

Sila hantar borang secepat mungkin.

Terima kasih

MARA Ireland

Thursday, December 29, 2011

UPDATE ALAMAT DAN NO TEL PEJABAT MARA IRELAND

Assalam

Berikut merupakan alamat dan no tel/fax pejabat yang baru.

MARA Ireland
Level 2A,
Shelbourne House,
Shelbourne Road,
Ballsbridge,
Dublin 4,
Ireland.
Tel: +353 1 668 0966 / 0967
Fax: +353 1 667 4773
Email: MARA.Ireland@yahoo.com

Terima kasih
MARA Ireland

Friday, December 2, 2011

KURSUS TRANSFORMASI MARA KE ARAH GLOBALISASI UNTUK PELAJAR-PELAJAR UCC

Assalam

 Pihak MARA Ireland akan mengadakan satu Kursus ‘Transformasi MARA ke Arah Globalisasi’ selama 3 hari untuk pelajar-pelajar UCC. Informasi kursus adalah seperti di bawah.

Tarikh: Sabtu 10/12/2011 – Isnin 12/12/2011

Masa: 4.30-5.00 petang Sabtu 10/12/2011

(pendaftaran di Lobby River Lee Hotel)

Tempat: River Lee Hotel, Cork

Kehadiran: Semua pelajar tajaan MARA UCC dari tahun 1 hingga 5

Pakaian: Formal

 Catatan: 

1.Jadual kursus akan diedarkan sewaktu pendaftaran

2.Tetamu dari Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Ghani dan Pengarah Bahagian Kenderaan Tuan Haji Ramli Sudin akan bersama2 menyertai kursus tersebut.

Seminar akan mengambil masa selama 3 hari dan kehadiran pelajar adalah wajib. Makanan dan minuman akan disediakan dan penyampaian sijil peyertaan akan diadakan pada hari terakhir selepas selesai kursus.

MARA Ireland

PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Permohonan Bayaran Balik Kad GARDA telah pun ditutup. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh 1hb Disember 2011 tidak akan dilayan.

Sekian Terima Kasih

MARA IRELAND

Wednesday, November 30, 2011

PEJABAT MARA IRELAND BARU

Assalam

Mulai 1 Disember 2011 Pejabat MARA Ireland akan mula beroperasi di

LEVEL 2A
SHELBOURNE HOUSE
SHELBOURNE ROAD
BALLSBRIDGE
DUBLIN 4

(bangunan Kedutaan Besar Malaysia, Ireland)

Diminta semua surat menyurat diposkan ke alamat yang baru. Sekiranya pelajar2 hendak datang dan berjumpa dengan Pengarah MARA Ireland sila hubungi Pak Lan 087-1614582 atau Arfhan 085-7394140.

Terima kasih
MARA Ireland

Wednesday, November 16, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KEMENTERIAN KESIHATAN, Y. BHG DATUK NOOR HISHAM ABDULLAH

Assalam

Pihak Education Malaysia akan mengadakan satu majlis perjumpaan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malayisa, Y. Bhg Datuk Noor Hisham Abdullah bersama pelajar-pelajar perubatan. Maklumat seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 19 November 2011

Masa: 10.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Dewan MALAYSIA, Leeson Park, Dublin 2.

Kehadiran: Semua pelajar perubatan

Catatan:

Jamuan makan tengah hari disediakan


Terima kasih
MARA Ireland

KURSUS TRANSFORMASI MARA KE ARAH GLOBALISASI

Assalam

Pihak MARA Ireland akan mengadakan satu Kursus ‘Transformasi MARA ke Arah Globalisasi’ selama 3 hari untuk pelajar-pelajar NUIG. Informasi kursus adalah seperti di bawah.

Tarikh: Jumaat 25/11/2011 – Ahad 27/11/2011

Masa: 4.30-5.00 petang Jumaat 25/11/2011

 (pendaftaran di Lobby Radisson Hotel)

Tempat: Radisson Blu Hotel, Galway

Kehadiran: Semua pelajar tajaan MARA NUIG dari tahun 1 hingga 5 dan pelajar Master WAJIB HADIR
Pakaian: Formal

Catatan:

1.Jadual kursus akan diedarkan sewaktu pendaftaran

2.Tetamu dari Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur akan bersama2 menyertai kursus tersebut.

Seminar akan mengambil masa selama 3 hari dan kehadiran pelajar adalah wajib. Makanan dan minuman akan disediakan dan penyampaian sijil peyertaan akan diadakan pada hari terakhir selepas selesai kursus.

MARA Ireland