Tuesday, September 27, 2011

PERMOHONAN ELAUN BUKU

Assalam

Permohonan Elaun Buku akan dilupuskan kerana semua pembayaran elaun buku dan elaun perkakas akan dibayar terus dari MARA Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan mengenai kedua2 elaun ini boleh dibuat di Pejabat MARA Ireland. Untuk Elaun Buku tahun ini saya pasti bahawa elaun tersebut belum dimasukkan dan harap pelajar bersabar.

Mengenai salinan keputusan peperiksaan, pelajar tidak perlu menghantar ke pejabat MARA Ireland lagi kerana pihak universiti akan menghantarnya. Sekiranya pelajar gagal dalam peperiksaan resit dan terpaksa mengulang tahun pelajar dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan mereka serta surat rayuan mengulang tahun serta latar belakang keluarga.

Apa yang kami perlu adalah Borang Perancangan Kursus sahaja. Sila isi dan email kepada kami sebaik sahaja bermulanya sesi pembelajaran masing2.

Terima Kasih

MARA IRELAND

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR TRINITY COLLEGE DUBLIN

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar TCD dari tahun pertama hingga ke tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  30 September 2011
Masa:                    0600 petang
Tempat:               2nd Floor, Tercentenary Hall, Biomedical Sciences Institute, TCD.
Tujuan:                 1. Salam perkenalan dengan Pengarah MARA Ireland
                        2. Perbincangan dasar-dasar BPP dan MARA
                        3. Perbincangan masalah pelajar di TCD
                        4. Keputusan peperiksaan
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Terima Kasih

MARA Ireland

Friday, September 23, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR DUBLIN BUSINESS SCHOOL

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar DBS tajaan MARA hadir ke perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                 27 September 2011
Masa:                   0400 petang
Tempat:               Room 1.6 DBS Aungier Street
Tujuan:                 1. Salam perkenalan dengan Pengarah MARA Ireland
                               2. Perbincangan dasar-dasar BPP dan MARA
                               3. Perbincangan masalah pelajar di DBS
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut.

Terima Kasih

MARA Ireland

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR UCD

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar UCD dari tahun pertama hingga ke tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  26 September 2011
Masa:                    0600 petang
Tempat:               UCD Health & Sciences Building Room C005
Tujuan:          1. Salam perkenalan dengan Pengarah MARA Ireland
                        2. Perbincangan dasar-dasar BPP dan MARA
                        3. Perbincangan masalah pelajar di UCD
                        4. Keputusan peperiksaan
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Terima Kasih

MARA Ireland

Wednesday, September 14, 2011

HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2011

Sempena menyambut Hari Malaysia 2011 pada 16 September 2011, Pejabat MARA akan ditutup dan akan kembali dibuka pada hari Selasa 20 September 2011.

Wassalam

Thursday, August 25, 2011

SEMBAHYANG HARI RAYA AIDILFITRI DAN JEMPUTAN RUMAH TERBUKA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, IRELAND

                                             
Kedutaan Besar Malaysia, Ireland
HARI RAYA AIDILFITRI PRAYER AND OPEN HOUSE
The Embassy of Malaysia, Dublin has the pleasure to cordially invite all Malaysians to the Hari Raya Aidilfitri Open House as per details below:-

Date             :         1st Syawal 1432 H (either 30th or 31st August 2011) - based on the announcement by the Islamic  Culture Centre of Ireland
Time             :        10.45 a.m. - 3.00 p.m.
Address       :        Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 6

For Muslims, you are also cordially invited to join the Aidilfitri prayer which will be held at 9.30 a.m. at Malaysia Hall.

Looking forward to see you.




Wednesday, August 10, 2011

LAWATAN KERJA YB DATO' SERI HJ MOHD SHAFIE HJ APDAL, MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BERSAMA YBHG DATUK HAJI IBRAHIM AHMAD, KETUA PENGARAH MARA KE DUBLIN

Pada 28/07/2011 YB Dato' Seri Hj Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diiringi oleh YBhg Datuk Haji Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA serta 12 orang delegasi yang lain membuat lawatan kerja ke 3 pusat pengajian di sekitar Dublin ini. Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menandatangani Memorandum of Understanding bersama Dublin Business School dan Trinity College Dublin.

Ketibaan delegasi disambut oleh TYT Duta Besar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Ireland

Sarapan pagi di KBM di Ireland

YB Dato' Seri Hj Mohd Shafie Apdal menandatangani buku pelawat Pejabat MARA Ireland

YBhg Datuk Haji Ibrahim menandatangani buku pelawat Pejabat MARA Ireland







Di hadapan bangunan Pejabat MARA Ireland

YBhg Datin Seri Hajjah Shuryani bersama pelajar-pelajar Dublin Business School

Sesi Menandatangani MOU diantara MARA dengan Dublin Business School





Ketua Pengarah MARA beramah mesra dengan pelajar-pelajar DBS

Delegasi bersama Pengurusan Tertinggi Royal College of Surgeons in Ireland

Sesi Makan Tengahari bersama pelajar-pelajar dan professional-professional di RCSI













Di hadapan Royal College of Surgeons in Ireland

Sesi Menandatangani MOU diantara MARA dengan Irish Universities and Medical School Consortium di Long Room, TCD







Delegasi bergambar di Long Room, TCD

Ketua Pengarah MARA bersama wakil MARA Ireland dan Education Malaysia

Jamuan Minum Petang di Restoran SWAI

Sesi bergambar di hadapan Restoran SWAI

Pengarah MARA Ireland bersama Pengarah MARA UK

Datuk Hj Ibrahim Ketua Pengarah MARA bersalaman dengan En Azlan Osman Pengarah MARA Ireland

Keberangkatan pulang delegasi ke London

YB Dato' Seri Hj Mohd Shafie Apdal bersama En Azlan Osman