Thursday, January 31, 2013

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR ‘CLINICAL TALK’ 2013


Assalam

Pejabat MARA Ireland akan menganjurkan satu program ‘Clinical Talk’ untuk semua pelajar2 tajaan MARA tahun 4 dan tahun 5 (akhir) RCSI, UCD, TCD, UCC dan NUIG sahaja
Tarikh: Ahad 17 Februari 2013

Tempat: Ballsbridge Hotel,Pembroke Road, Ballsbridge, Dublin 4.

Masa: 08.30 pagi – 06.30 petang

Pendaftaran: 08.30 pagi di Ballroom Concourse, Ballsbridge Hotel

Dengan itu semua pelajar2 tajaan MARA tahun 4 dan tahun 5 (Perubatan) WAJIB HADIR

Sekian, wasalam.

Pengarah MARA Ireland

Wednesday, January 23, 2013

PEMBERITAHUAN


Dukacita dimaklumkan salah seorang pelajar tajaan MARA Tahun 1 dari RCSI bernama NABIHAH ISMAIL telah dimasukkan ke Hospital Beaumont pada 20/01/2013. Pada hari ini 23/01/2013 saudari NABIHAH akan menjalani pembedahan.
Dengan itu MARA Ireland mengharapkan semua pelajar dapat mendoakan agar pembedahan tersebut selamat dijalankan. Sokongan dan doa saudara/saudari sangatlah dihargai.

Sekian, wasalam.
Pengarah MARA Ireland
(Pak Lan)

Wednesday, January 9, 2013

PERJUMPAAN RAMAH MESRA BERSAMA PENGERUSI MARA Y.B. DATO' SERI IDRIS JUSOH DENGAN PELAJAR TAJAAN MARA IRELAND


Assalam

Semua pelajar-pelajar tajaan MARA di Dublin dari UCD, TCD, RCSI dan DBS dijemput hadir ke sesi perjumpaan ramah mesra bersama Pengerusi MARA Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh.  Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                 Sabtu 26/01/2013
Masa:                   300 petang
Tempat:               Malaysia Hall Dublin
Aturcara:             245ptg - Pelajar Berkumpul di Malaysia Hall
                        300ptg - Tetamu Hadir
                                          Solat Maghrib Berjemaah
                                          Jamuan Makan Malam

Kehadiran:    Semua Pelajar WAJIB

Terima Kasih

MARA Ireland