Wednesday, February 29, 2012

PERJUMPAAN RAMAH MESRA BERSAMA YB. MENTERI LUAR MALAYSIA (FOREIGN AFFAIR) DATO' SRI ANIFAH HJ. AMAN

Pihak Kedutaan Malaysia di Ireland akan mengadakan satu sesi Perjumpaan Ramah Mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia bersama YB. Menteri Luar Malaysia (Foreign Affair) Dato' Sri Anifah Hj. Aman serta delegasi. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh: Selasa, 6 Mac 2012
Alamat: Malaysia Hall, 31 Leeson Park, Dublin 6.
Masa: 7.00 malam
Kehadiran semua pelajar-pelajar Malaysia amat dialu-alukan.

Terima Kasih

Pengarah
MARA Ireland

Tuesday, February 28, 2012

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR UCD

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar UCD dari tahun pertama hingga ke pelajar tahun akhir hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Jumaat 02 Mac 2012
Masa:                    6.30 ptg- 8.30 mlm
Tempat:               UCD Health & Sciences Building ROOM C004
Tujuan:                 1. Perbincangan masalah pelajar2 UCD
                                2. Keputusan Peperiksaan
                                3. Pentadbiran Pejabat MARA Ireland
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Terima Kasih

MARA Ireland

Wednesday, February 22, 2012

KURSUS BINA SEMANGAT ‘TEAM BUILDING’ PELAJAR TAJAAN MARA IRELAND

Dimaklumkan Pejabat MARA Ireland akan mengadakan kursus seperti tersebut diatas secara berperingkat kepada semua pelajar tajaan MARA yang belajar diluar negara (Ireland).

Program ini merupakan program wajib bagi semua pelajar dalam dan luar negara tajaan MARA.

Dengan itu Program Kumpulan 1 akan dilaksanakan seperti berikut:-

Tarikh: Ahad 11th March 2012

Tempat: Courtlough, Ballbriggan (rujuk EXTREME.ie)

Peserta: 39 Pelajar Trinity College Dublin

18 Pelajar Dublin Business School

Kehadiran:  Wajib

Aturcara:  

8.00 pagi         Semua peserta berkumpul di St Patrick Cathedral

                        (bas disediakan)        

9.30 pagi         Minum Pagi

10.00 pagi       Aktiviti Outdoor bermula

1.00 petang    Makan t/hari dan Solat(sila bawa pakaian yang bersih)

2.30 petang    Simulasi Aktiviti

3.30 petang    Ceramah Motivasi dan Q&A bersama

                        a) Dr Syah Irwan Syamsul Bahari (pelajar TCD)

                        b) En Harith Bakar ( pelajar DBS)

5.00 petang    Minum Petang

5.30 petang    Berangkat Pulang ke Dublin
     
Pakaian:  

Pakaian tebal dan kalis hujan. Sesuai untuk aktiviti luar(outdoor activities). Sila bawa juga pakaian lebihan untuk solat dan sewaktu berangkat pulang jika perlu.

Wakil Pelajar:  

TCD Mohd Nuruddin Muhammad 083-3273368 neard_89@yahoo.com

DBS Muhamad Adib Azmar Azmi 083-1222218 addy_sunan91@yahoo.com

Sekian, dimaklumkan.

MARA IRELAND

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR ROYAL COLLEGE OF SURGEONS IN IRELAND

Assalam

Diminta semua pelajar-pelajar RCSI dari tahun pertama hingga ke pelajar postgraduate hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah MARA Ireland En Azlan Osman. Butir-butir perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh:                  Sabtu 25 February 2012
Masa:                    4-6 ptg
Tempat:               O' Flanagan Lecture Theatre, RCSI
Kehadiran:          Semua pelajar WAJIB HADIR

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan pertanyaan sewaktu perjumpaan tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Terima Kasih

MARA Ireland

Monday, February 20, 2012

CAREER PATH WITH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Assalam

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan satu ‘career talk’ yang akan disampaikan oleh Y. Bhg Dato Dr Mohd Azhar bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan Y. Bhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan). Maklumat seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 25 Februari 2012

Masa: 09.30 pagi – Pendaftaran

01.00 t/hari – Makan Tengah Hari

Tempat: Dewan MALAYSIA, Leeson Park, Dublin 2.

Kehadiran: Semua pelajar perubatan tajaan MARA dijemput hadir