Thursday, December 29, 2011

UPDATE ALAMAT DAN NO TEL PEJABAT MARA IRELAND

Assalam

Berikut merupakan alamat dan no tel/fax pejabat yang baru.

MARA Ireland
Level 2A,
Shelbourne House,
Shelbourne Road,
Ballsbridge,
Dublin 4,
Ireland.
Tel: +353 1 668 0966 / 0967
Fax: +353 1 667 4773
Email: MARA.Ireland@yahoo.com

Terima kasih
MARA Ireland

Friday, December 2, 2011

KURSUS TRANSFORMASI MARA KE ARAH GLOBALISASI UNTUK PELAJAR-PELAJAR UCC

Assalam

 Pihak MARA Ireland akan mengadakan satu Kursus ‘Transformasi MARA ke Arah Globalisasi’ selama 3 hari untuk pelajar-pelajar UCC. Informasi kursus adalah seperti di bawah.

Tarikh: Sabtu 10/12/2011 – Isnin 12/12/2011

Masa: 4.30-5.00 petang Sabtu 10/12/2011

(pendaftaran di Lobby River Lee Hotel)

Tempat: River Lee Hotel, Cork

Kehadiran: Semua pelajar tajaan MARA UCC dari tahun 1 hingga 5

Pakaian: Formal

 Catatan: 

1.Jadual kursus akan diedarkan sewaktu pendaftaran

2.Tetamu dari Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Ghani dan Pengarah Bahagian Kenderaan Tuan Haji Ramli Sudin akan bersama2 menyertai kursus tersebut.

Seminar akan mengambil masa selama 3 hari dan kehadiran pelajar adalah wajib. Makanan dan minuman akan disediakan dan penyampaian sijil peyertaan akan diadakan pada hari terakhir selepas selesai kursus.

MARA Ireland

PERMOHONAN BAYARAN BALIK KAD GARDA

Assalam

Permohonan Bayaran Balik Kad GARDA telah pun ditutup. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh 1hb Disember 2011 tidak akan dilayan.

Sekian Terima Kasih

MARA IRELAND